Isnin, 26 April 2010

Dakwa dan dakwi

Untuk menuntut Ilmu KeTuhanan melalui jalan para ‘arifbiLlah, kita mestilah memahami beberapa syarat atau disiplin yang perlu ada, tanpanya perjalananmu tidak sempurna kecuali mereka yang dikehendaki oleh Allah. Kalam hikmah dalam al-Hikam mengatakan “permulaan awal yang benar akan melahirkan akhir yang benar.”

Allah telah menciptakan alam ini, perjalanan insan dengan hukum sebab musabab.

Khamis, 22 April 2010

Ruh, Akal, Nafsu dan Qalbu

Apabila dimusyahadahkan akan kejadian diri sama ada diri yang zahir atau diri yang batin, maka tak sampai akal manusia untuk memikirkannya seperti Ruh, Akal, Nafsu dan Qalbu. Maka sukar hendak memberi gambaran atau takrif yang mensifatkan daripada jenis apa.

Al-Quran memberi pengajaran sebagaimana firman Allah yang bermaksud :
“Akan ditanya akan engkau hai Muhammad tentang ruh; Kata olehmu Ruh itu adalah daripada urusan Tuhanku.”
(Al-Isra’ : 85)

Khamis, 15 April 2010

Tuhan dan Dunia


Diari perjalanan hidup ini ada suka, duka, sedih atau gembira.

Kesusahan dihati janganlah kita turutkan sangat kerana ia akan menjadi penyakit jiwa. Dari susah hati pergi kepada sedih, dari sedih kepada derita dan sengsara, dari kecewa kepada berputus asa. Diwaktu itu kaya, pandai, jawatan tinggi, nama, glamour, berkuasa sudah tiada guna dan tiada membawa apa-apa erti. Orang yang seperti ini kalau ada serba sekali pun, gelap dunianya. Setengah mereka ada yang membunuh diri kerana kecewa dan putus asa. Mengapa dia kecewa sehingga putus asa? walhal segala keistimewaan telah dimilikinya?

Khamis, 8 April 2010

Seketul daging...

Apabila kita melihat dua pihak berperang, masing-masing mengunakan pelbagai senjata yang memuntahkan peluru yang saling berbunuhan. Yang sebenarnya kita sedang menyaksikan sifat mazmumah yang bersarang di dalam hati kedua-dua pihak dizahiran melalui senjata.

Apabila kita mendengar dua orang sedang berkrisis, bermusuhan, bertelagah, bertengkar, saling membenci, tuduh menuduh, caci memaki, sumpah seranah, mengumpat, mengadu domba, mengutuk, kita hakikatnya sedang melihat kedua-dua pihak itu saling memuntahkan sifat mazmumah dari hati masing-masing melalui lidahnya.