Khamis, 29 Julai 2010

Kempen 'Ya Saya Boleh!' - Berzina


Laporan di dada akhbar hari ini mengatakan bahawa Majlis Pencegahan Hamil Asia Pasifik telah melaksanakan kempen ‘Ya Saya Boleh’ dalam mengalakkan wanita muda mengambil Pil Perancang Keluarga bagi membasmi dan mencegah kelahiran anak luar nikah dan pembuangan bayi. Kempen seperti ini sama seperti ‘Ya Saya boleh’ berzina dan melakukan seks bebas seperti binatang-binatang. Sedih dan pilu kerana kita masih buta dan bodoh dalam memikirkan punca permasalahan dan bagaimana pencegahannya. Islam telah menunjukkan jalan dan cara penyelesaian. Kenapa kita memilih system yang lain untuk menyelesaikan masalah? Betapa ceteknya akal dan betapa butanya mata hati kerana kaedah yang begitu menarik dan cantik tidak digunakan pakai.

Selasa, 27 Julai 2010

Ujian Suatu Kasih Sayang

Wahai diriku,

Dirimu sentiasa diuji dengan bermacam-macam perkara. Sehinggalah dirimu mengangkat bendera putih ke hadrat Penciptamu. Dia yang menciptakan dirimu dari setitis air yang tiada nilai pun di sisi makhluk dan memberikan segala rezeki untuk dirimu. Anak, isteri, rumah, kenderaan, pekerjaan, kesihatan dan pelbagai lagi telah disediakan untukmu. Asalnya dirimu hanyalah datang dalam keadaan lemah dan tidak berpakaian. Sekarang kau lihat apa yang kamu ada sekarang? Adakah ini semua masih tidak mencukupi?