Jumaat, 16 Disember 2011

Sifat Ananiyah (keakuan diri)

Di dalam tausiyah guruku, beliau telah menekankan betapa pentingnya para ulama mendalami proses penyucian batin dan mencari perjalanan hakikat. Tiadalah salah untuk membicarakan soal tareqah, kerana semua tareqah adalah baik dan benar. Tetapi yang paling benar di dalam tareqah adalah bergantung kepada Mursyidnya.Tasauf bukannya pada zikir tetapi pada Mursyid. Walaupun sanadnya benar, tetapi andainya tiada Mursyid yang benar, maka tiada mereka akan sampai kepada hakikatnya, seumpama seorang pemandu kereta yang tiada pengetahuan tentang selok-belok kenderaan yang dipandunya, pasti tiada menyampai mereka kepada destinasi perjalanan, termasuklah mereka yang menumpang kenderaan tersebut.


Berkata beliau lagi, sekarang beliau tiada lagi suka untuk berbicara soal bunga dan kulit semata-semata. Semuanya itu hanya mainan hujah sesama manusia tetapi batin belum lagi terlepas daripada syirik “keakuan diri”. Mereka itu tiada bertuhan kepada berhala tetapi bertuhan kepada diri sendiri. Inilah masalah yang dihadapi oleh para alim ulama dan menurut guruku, kadang-kadang menjadi orang awam itu lebih selamat daripada menjadi orang alim tetapi menyesatkan. Mereka itu tiada faham akan hakikat. Sifat sebenar seperti apa yang yang ditekan di dalam kitab ialah kejujuran kita dengan ALlah SWT. Ramai yang tertipu, orang kaya, orang alim, ahli 'abid, semuanya tertipu.

Rabu, 30 November 2011

Jagalah hati...

Renunglah selalu hati kita 
Kerana ia merupakan sumber kebaikan dan kejahatan 
Wadah kekufuran dan keimanan 
Rebutan di antara malaikat dan syaitan

Hati perasaannya halus 
Sentuhannya tiada terasa 
Tapi sangat memberi kesan di dalam kehidupan kita 
Siapa yang arif perjalanan hatinya

Faham kebaikan dan kejahatannya 
Bersungguh-sungguh bermujahadah membuang kejahatannya 
Diganti segera dengan kebaikan 
Orang itu akan selamat dari tipu daya syaitan dan dunia

Ramai orang tidak faham perjalanan hatinya sekalipun ulama 
Terima sahaja yang baik dan yang buruknya 
Kemudian merasakan baik semuanya 
Tiada terasa lagi membuat dosa

Di sinilah perlu pimpinan guru yang mengenal hati manusia
Ia dikatakan mursyid

Tanpa pembimbing maka mudah tersesatlah kita

Kerana cahaya makrifatuLlah ada pada kekasih Allah

Carilah dia, gengamlah dia
Hormatilah dia, beradablah dengannya
Ilmu dari dadanya menusuk ke dada kita
Bukan hanya ilmu di akal kerana akal jua lemah

Hati adalah Raja kepada seluruh anggota atau kerajaan


Ya Rabbi, 
Ampunkanlah diriku yang sentiasa lalai dengan-Mu
Bersihkan diriku yang penuh kekotoran ini
Sucikanlah diriku yang penuh sifat zulumat ini
Hidupkan cinta dalam hatiku pada mereka yang mencintai-Mu.
Amin....

Ku perlukan lagi bimbinganmu...

Alangkah sedihnya hati ini...
Bila mendengar sang ayah...
Ingin meletakkan jawatan sebagai pemimpin dan pembimbing bagi diri ini
Mampukah diri ini untuk berjalan sendirian tanpa pembimbing dan pemandu?

Alangkah pedihnya hati ini...
Bila sang ayah sudah letih dan penat...
Dengan karenah dan perangai anak-anak seperti diri ini
Tiada menghargai pengorbanan dan cinta sang ayah...

Ku tafakur ke dalam diri ini
Merenung serta muhasabah dalam diri yang hina ini
Layakkah daku untuk memimpin diri sendiri?
Mampukah daku untuk mengharungi ujian hidup tanpa bimbingan dan pertolongan sang ayah?

Bila sang ayah sudah penat dan letih dengan karenah anak-anak
Maka anak-anak yang dahaga ilmu dan bimbingan perlu merenung dalam diri sendiri
Apakah yang menyebabkan sang ayah begitu letih dan penat dengan anak-anak?
Adakah anak-anak terlalu nakal, terlalu degil atau terlalu keras hati?

Wahai ayah,
Daku masih perlukan bimbingan dari mu
Daku masih perlukan pimpinan mu
Daku masih perlukan cinta dari mu
Daku masih perlukan perhatian mu

Ya Allah,
Dengan berkat syafaat Rasul kekasih-Mu,
Aku insan hina dina
Aku insan lalai, leka dan alpa
Aku insan tiada menghargai sesuatu
Aku insan tiada menghargai cinta..
Bantulah daku, ingatkanlah diriku,
Tunjukkanlah daku, 
Limpahkanlah keberkatan-Mu terhadap diriku
Ku perlukan cahayaMu melalui para kekasihMu
Untuk daku berjalan di dunia yang penuh kegelapan ini...

Ku pohon keampunanMu
Sebab diriku penuh dengan dosa-dosa dan kelalaian......

Amin....

Selasa, 9 Ogos 2011

Trend Mendekati Zina Sebelum Bernikah



Bayangkan seekor harimau dengan ganasnya menerkam masuk ke dalam rumah kita. Aumm! Gigi-giginya menyeringai. Kuku-kukunya tajam mencengkam. Lalu apa yang terjadi? Sudah tentu ramai antara kita bertempiaran lari, menjerit, bertakbir, menyorok bawah katil, mengunci diri di dalam bilik dan ada juga yang terus terkejut pengsan.
Bayangkan pula seekor nyamuk terbang mas
uk ke dalam rumah kita. Nggg! Apa yang terjadi?Hmm, ia terbang bebas ke hulu hilir. Ramai yang buat tidak tahu sahaja. ‘Apalah yang perlu ditakutkan dengan seekor nyamuk,’ hati berbisik. Cuma seekor.

Rabu, 29 Jun 2011

Hakikat Permusuhan Dengan Siapakah?

Kerosakan demi kerosakan berlaku di dunia dan di dalam masyarakat manusia adalah suatu yang pasti akan berlaku. Lihatlah darah umat Islam tidak lagi berharga bahkan darah seekor harimau lebih berharga dan penting bagi manusia. Pembunuhan demi pembunuhan berlaku di atas tujuan keamanan dan kebebasan yang dianjurkan oleh kuasa barat atau kuasa kafir. Keruntuhan akhlak dan budaya Islam juga berlaku satu persatu adalah lambang permusuhan yang akan berlaku sehingga kiamat di antara azazil dan manusia.

Ahad, 26 Jun 2011

Ilmu Ketuhanan Bukan Ilmu Akal Tapi Ilmu Rasa


Belajar ilmu hisab atau ilmu kedoktoran
Tidak terasa bertuhan, tidaklah hairan
Belajar ilmu yang disebut dan lain-lain ilmu tidak terasa bertuhan
Perkara biasa di setiap zaman
Bahkan adakalanya belajar ilmu secular
Langsung tidak percaya adanya
Tuhan yang Maha Esa

Jumaat, 17 Jun 2011

Kepada siapa kemarahan kita?

Ada sebuah kisah iaitu seorang isteri melenting dan marah apabila merasai isi sebiji tembikai (timun cina –bahasa Terengganu) yang tidak manis kepada suaminya. Sang isteri marah kepada suaminya yang membeli buah tersebut di tepi jalan. Maka di sini kepada siapa sebenarnya kemarahan sang isteri itu? Kepada suaminya ke? Kepada penjualnya ke? Kepada pekebun atau peladangnya ke? Atau kepada Pencipta buah?

Selasa, 19 April 2011

Kalam dari seorang ArifbiLlah



Dirimu adalah rahsia Allah, tiada yang mengetahuinya melainkan yang berilmu, mengenali diri adalah pembukaan pada alam ghaib yang tinggi. Ramai manusia yang telah buta dan tertipu dengan pandangan basyariah, mereka tidak dapat melihat hakikat disebalik kehidupan. Jiwa dinodai dengan cinta dunia, Tuhan dibelakangi dan akibatnya hati terhijab dengan cahaya kebenaran. Hati tidak berfungsi sebagai alat menerima hidayah, hati tidak menyelami rahsia makrifat dan akhirnya hati menjadi mati untuk iman.

Isnin, 24 Januari 2011

Alangkah bahagianya..

Alangkah bahagianya
sekiranya degupan jantung, keluar masuk nafas , kerdipan mata ini

dalam ingatan kepada Allah swt….

Tidaklah diri menjadi hidup yang sia-sia…


Namun…….

Diri ini tetap lalai dan leka

Dengan hiburan Makhluk