الرَّحِيمِ الرَّحْمَٰنِ اللَّهِ بِسْمِ
(Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang)
Dalam pelajaran ilmu makrifatullah di mana-mana sekalipun, saya menekankan
kepentingan pembelajaran ilmu ini sebagai asas yang utama berdasarkan sandaran
pegangan orang tua kita, bersandar pada ulama’-ulama’ kita.
Awaluddin makrifatullah. Awal agama kita wajib mengenal Allah. Apabila kita tidak mendalami pelajaran mengenal Allah dengan sempurna, kita beribadah, kita beramal bagaikan orang-orang yang belayar yang tidak mengetahui ke manakah arah tujuan pelayaran itu atau bagaikan orang yang berkayuh perahu di atas darat atau bagaikan orang yang menyelam bukan di dalam lautan. Jiwa mereka tidak mencapai hakikat.
Di dalam pelajaran makrifatullah, seseorang itu wajib terlebih dahulu mengenal di manakah Allah memperkenalkan diriNya kerana di situlah tempat cermin kita untuk memandang dan mengenal akan Allah. Di manakah tempatnya Allah mentajallikan segala rahsia-rahsiaNya untuk dilihat, dipandang dan dipelajari agar manusia dapat mengenal akan dirinya.