Halal dan haram adalah lambang pengawalan Allah swt terhadap hamba-hambaNya. Allah mengawal hamba-hambaNya agar tidak rosak dan binasa dengan perlaksanaan syariat di dalam seluruh aspek kehidupan. Makan,minum,tidur,bersyahwat dan bekerja adalah di dalam peraturan Allah swt. Bila berada dalam peraturan maka kehidupan manusia terus menerus dalam rahmat dan ketenangan yang hakiki.Rabu, 16 Jun 2010
Sumber Rezeki - 1 Penilaian
Halal dan haram adalah lambang pengawalan Allah swt terhadap hamba-hambaNya. Allah mengawal hamba-hambaNya agar tidak rosak dan binasa dengan perlaksanaan syariat di dalam seluruh aspek kehidupan. Makan,minum,tidur,bersyahwat dan bekerja adalah di dalam peraturan Allah swt. Bila berada dalam peraturan maka kehidupan manusia terus menerus dalam rahmat dan ketenangan yang hakiki.Rabu, 2 Jun 2010
Selamat Palestin
Salam semua, terasa kaki ini ingin melangkah ke bumi Palestine untuk berjuang, membantu dan membela saudara seIslam yang dikekang dengan pelbagai penderitaan dan ujian. Ditambah lagi dengan serangan Israel ke atas kapal bantuan kemanusiaan di mana mereka ini terdiri daripada para aktivis kemanusiaan. Kejam, zalim dan tiada hati perut boleh dihambur dan dikata buat tentera Yahudi dan Pemimpin mereka. Itu sahaja yang dapat kita luahkan terhadap mereka. Adakah ini akan memberi kesan kepada mereka? Tentu sekali tidak kerana dunia ini mereka yang punya dan bebas untuk melakukan apa sahaja. Semua virus-virus telah dihantar ke seluruh dunia terutama dunia Islam sehingga dunia Islam terus lena dibuai mimpi-mimpi yang begitu indah kecuali hati-hati mereka yang cintakan Allah, Rasul, saudara seIslam dan Islam.Isnin, 31 Mei 2010
Kemaskini
Sudah hampir sebulan (bulan May) saya tidak mengemaskini blog catatan hamba ini kerana masa dan peristiwa-peristiwa yang sedikit sebanyak telah menghalang saya untuk berbuat demikian. Sudah tentu sahabat-sahabiah, tuan, puan, saudara dan saudari menanti akan tulisan saya di blog ini dengan tanda tanya kenapa blog ini tidak dikemaskini.Isnin, 26 April 2010
Dakwa dan dakwi
Untuk menuntut Ilmu KeTuhanan melalui jalan para ‘arifbiLlah, kita mestilah memahami beberapa syarat atau disiplin yang perlu ada, tanpanya perjalananmu tidak sempurna kecuali mereka yang dikehendaki oleh Allah. Kalam hikmah dalam al-Hikam mengatakan “permulaan awal yang benar akan melahirkan akhir yang benar.”Allah telah menciptakan alam ini, perjalanan insan dengan hukum sebab musabab.
Khamis, 22 April 2010
Ruh, Akal, Nafsu dan Qalbu
Apabila dimusyahadahkan akan kejadian diri sama ada diri yang zahir atau diri yang batin, maka tak sampai akal manusia untuk memikirkannya seperti Ruh, Akal, Nafsu dan Qalbu. Maka sukar hendak memberi gambaran atau takrif yang mensifatkan daripada jenis apa.Al-Quran memberi pengajaran sebagaimana firman Allah yang bermaksud :
“Akan ditanya akan engkau hai Muhammad tentang ruh; Kata olehmu Ruh itu adalah daripada urusan Tuhanku.”
(Al-Isra’ : 85)
Khamis, 15 April 2010
Tuhan dan Dunia

Diari perjalanan hidup ini ada suka, duka, sedih atau gembira.
Kesusahan dihati janganlah kita turutkan sangat kerana ia akan menjadi penyakit jiwa. Dari susah hati pergi kepada sedih, dari sedih kepada derita dan sengsara, dari kecewa kepada berputus asa. Diwaktu itu kaya, pandai, jawatan tinggi, nama, glamour, berkuasa sudah tiada guna dan tiada membawa apa-apa erti. Orang yang seperti ini kalau ada serba sekali pun, gelap dunianya. Setengah mereka ada yang membunuh diri kerana kecewa dan putus asa. Mengapa dia kecewa sehingga putus asa? walhal segala keistimewaan telah dimilikinya?
Khamis, 8 April 2010
Seketul daging...
Apabila kita melihat dua pihak berperang, masing-masing mengunakan pelbagai senjata yang memuntahkan peluru yang saling berbunuhan. Yang sebenarnya kita sedang menyaksikan sifat mazmumah yang bersarang di dalam hati kedua-dua pihak dizahiran melalui senjata.
Apabila kita mendengar dua orang sedang berkrisis, bermusuhan, bertelagah, bertengkar, saling membenci, tuduh menuduh, caci memaki, sumpah seranah, mengumpat, mengadu domba, mengutuk, kita hakikatnya sedang melihat kedua-dua pihak itu saling memuntahkan sifat mazmumah dari hati masing-masing melalui lidahnya.
Rabu, 31 Mac 2010
Anak Luar Nikah

Kelahiran anak diluar pernikahan seramai 17,303 menurut Jabatan Pendaftaran Negara adalah angka yang amat-amat membimbangkan kita pada hari ini. Ini adalah angka yang berdaftar tetapi bagaimana dengan angka yang tidak berdaftar? Bagaimana angka yang mana bayi digugur ketika di dalam janin atau ditanam atau dibuang di mana-mana tempat yang tiada siapa pun mengetahuinya….Yang Maha Mengetahui akan semua rahsia kemaksiatan ini adalah Allah swt. Salah siapakah? Apakah punca?Apakah tindakan?
Khamis, 25 Mac 2010
Ahli Sunnah wal Jamaah vs Qadiriah&Jabariah
Segala ilmu yang ada pada alam ini dari apa jua bangsa, sama ada ilmu yang berbentuk keduniaan atau akhirat adalah dari Ilmu Tuhan yang satu. Persoalan ini perlu difahami dengan teliti agar kita tidak menjadi seperti kaum Jabariah yang mentafsirkan manusia bagaikan kapas, tiada memiliki apa-apa kekuatan dan tidak bertanggungjawab di atas apa-apa yang berlaku, semuanya Tuhan sehingga meninggalkan ikhtiar dan usaha.Begitu juga dengan fahaman Qadiriah yang mengatakan bahawa apa yang berlaku sama
Isnin, 22 Mac 2010
9 sifat iftiqar diri-Nya

Dirimu dengan Diri-Nya tidak pernah bercerai walaupun satu saat. Setiap degupan jantungmu, setiap hembusan nafasmu, setiap pandanganmu, setiap pendengaranmu, setiap gerak hatimu, setiap ilmumu adalah dibawah takluk diri-Nya. Dia Tuhan yang mencipta kamu, Dia adalah Rabb yang sentiasa memelihara, Dia tidak mengantuk atau tidur, Dia sentiasa mengawasi dan memerhati hamba-Nya. Tidak bergerak dirimu melainkan dari gerak-Nya, tiada melihat kamu melainkan dari melihat-Nya, tiada mendengar kamu melainkan dari pendengaran-Nya, tiada berilmu kamu melainkan dari ilmu-Nya.
Langgan:
Catatan (Atom)