Khamis, 29 Julai 2010

Kempen 'Ya Saya Boleh!' - Berzina


Laporan di dada akhbar hari ini mengatakan bahawa Majlis Pencegahan Hamil Asia Pasifik telah melaksanakan kempen ‘Ya Saya Boleh’ dalam mengalakkan wanita muda mengambil Pil Perancang Keluarga bagi membasmi dan mencegah kelahiran anak luar nikah dan pembuangan bayi. Kempen seperti ini sama seperti ‘Ya Saya boleh’ berzina dan melakukan seks bebas seperti binatang-binatang. Sedih dan pilu kerana kita masih buta dan bodoh dalam memikirkan punca permasalahan dan bagaimana pencegahannya. Islam telah menunjukkan jalan dan cara penyelesaian. Kenapa kita memilih system yang lain untuk menyelesaikan masalah? Betapa ceteknya akal dan betapa butanya mata hati kerana kaedah yang begitu menarik dan cantik tidak digunakan pakai.


Dalam kempen tersebut yang hadir ialah Ketua Pengarah LPPKN, Pengerusi Eksekutif Pusat Perubatan, Presiden Persatuan Sakit Puan, dalam lain syarikat perubatan. Kehadiran mereka dalam kempen tersebut adalah diharapkan hanya semata-mata mendengar tetapi jangan sekali-kali bersetuju dengan kempen terebut. Bersetuju dengan kempen tersebut bermakna bersetuju untuk meramaikan lagi penzinaan. Yang hadir bukan otak budak-budak kampung tetapi semuanya bertaraf doktor.

Adakah kita faham apa itu zina dan jalan-jalan ke arah penzinaan? Mungkin bagi kita zina ini hanyalah perkara kecil yang tidak perlu diambil kisah dan cakna. Tahukah apa kesan daripada penzinaan? Sebab itu Allah swt mengharamkan penzinaan dan menyatakan hukuman yang amat berat untuk penzina. Zina adalah termasuk di dalam senarai dosa-dosa besar.

Firman Allah swt yang bermaksud:
Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji, dan suatu jalan yang buruk. [QS. Al-Israa’ : 32]

Firman Allah swt yang bermaksud:
Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka sebatlah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebatan, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu (menjalankan) agama Allah jika kamu beriman kepada Allah dan hari kiamat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman. Laki-laki yang berzina tidak mengawini melainkan perempuan2 yang berzina atau perempuan yang musyrik, dan perempuan yang berzina tidak dikawini melainkan oleh laki-laki yang berzina atau laki-laki yang musyrik, dan yang demikian itu diharamkan atas orang-orang yang mukmin. (3) [QS. An-Nuur : 2-3]

Sabda Nabi SAW yang bermaksud;
Dari Abu Hurairah ia berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Tiga golongan yang Allah tidak mau berbicara dengan mereka pada hari kiyamat. Tidak membersihkan mereka, tidak mau melihat kepada mereka, dan bagi mereka siksa yang pedih : 1. Orang tua yang berzina, 2. Raja (pemimpin)yang suka berdusta dan 3. Orang fakir yang sombong”. [HR. Muslim juz 1,
hal. 102]

Dari Abu Hurairah, bahwasanya Rasulullah SAW bersabda, “Empat golongan yang Allah benci kepada mereka : 1. Pedagang yang banyak bersumpah, 2. Orang fakir yang sombong, 3. Orang tua yang berzina, dan 4. Pemimpin yang dhalim”. [HR. Ibnu Hibban di dalam Shahihnya, juz 12,
hal. 368, no. 5558].
Tuan-tuan,puan-puan,saudara-saudari sekalian,

Kita perlu sedar bahawa kemaksiatan yang berlaku hari ini adalah berpunca daripada diri kita sendiri yang masih lupa dan abaikan akan peranan kita sebagai hamba Allah dan rakyat. Jika benar sifat kehambaan kita dan faham akan tanggungjawab kita sebagai rakyat, pasti kita akan bangkit daripada lamunan tidur bersama pemimpin yang tidak menyediakan payung untuk menerima hujan ribut. Payung yang dimaksudkan ialah sistem atau hukum Allah swt. Tanpa payung ini maka hujan dan ribut akan melanda dalam masyarakat kita yang sudah tengelam dalam air kemaksiatan. Dengan kemaksiatan ini juga maka bertambah-tambah lagi bumbung langit kita dibuka untuk menerima batu-batu meteor dan cahaya kepanasan sehingga suatu masa nanti bumi kita akan menjadi padang jarak padang terkukur....kita akan kehilangan semuanya...kerana bala daripada Allah swt. Sejarah telah membuktikan...sedarlah, insaflah dan bangkitlah...tukarlah sistem yang ada kepada sistem Islam.

Bersabda Rasulullah saw yang bermaksud:

Dari Ibnu ‘Abbas, ia berkata : Rasulullah SAW melarang menjual buah sehingga bisa dimakan, dan beliau bersabda, “Apabila zina dan riba sudah merajalela di suatu negeri, berarti mereka telah menghalalkan jatuhnya siksa Allah pada diri mereka sendiri”. [HR. Hakim, dalam Al-
Mustadrak, ia berkata shahih sanadnya juz 2, hal. 43, no 2261].

Ya Allah Ya Tuhan Kami Jauhkan diri,ahli keluarga kami, saudara saudari kami, dan masyarakat kami daripada malapetaka di atas kelalaian dan dosa kami.