Khamis, 25 Februari 2010

Rasulullah (SAW)

Sempena ketibaan Maulidul Rasul..marilah sama –sama kita merenung dan mengimbas kembali sedikit cerita berkenaan Baginda Nabi SAW yang telah terlalu banyak berkorban buat umatnya.
Dialah hamba Allah yang diberi nama Muhammad bin Abdullah, yang ummi, yang memikul beban dakwah demi untuk melihat semua umatnya kembali kepada Allah swt.

Rabu, 17 Februari 2010

Pesanan Seorang Guru - Beribadatlah...

Sesiapa yang inginkan kemenangan dunia dan akhirat, janganlah dibiarkan masa berlalu dengan penuh kerugian. Jadikan setiap nafasmu nafas ibadah.

Wahai saudaraku,

Setelah engkau memiliki ilmu tiadalah lagi perkara yang penting melainkan beramal dengan ilmu, berilmu tanpa amal adalah binasa. Janganlah engkau berpaling lagi ke belakang, terus sucikan dirimu untuk menghampiri Tuhanmu sehingga terbuka cahaya hatimu dengan ilmu terus dariNya tanpa perantaraan.

Rabu, 10 Februari 2010

Godaan Jalan KeTuhanan

Wahai diriku,
Setelah dirimu mempunyai ilmu, dirimu telah benar-benar bertaubat, kini dirimu berdiri dipintu rahmatNya dengan penuh kefakiran, tiada lagi memalingkan dirimu ke belakang. Namun kamu akan menempuh dalam perjalananmu itu dengan tipudaya atau dugaan. Ramai yang tersungkur kerana godaannya, ia tidak mudah melepaskan dirimu dari ikatannya. Imam Al-Ghazali dalam kitab Minhajul Abidin membahagikan godaan ini kepada empat bahagian dan tiada dikatakan seorang yang benar dalam perhambaannya melainkan jika mereka bebas dari hal-hal ini :

Selasa, 9 Februari 2010

Bertaubatlah dirimu...


Tiada jalan lain wahai diriku untuk menuju Tuhan melainkan engkau perlu menyucikan dirimu terlebih dahulu. Seorang yang berjunub tidak dibenarkan masuk ke dalam masjid. Engkau perlu bertaubat dari segala dosa yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh, insya Allah, Allah akan menghapuskan dosa-dosamu. Ia menjadi syarat untuk diterima ibadahmu. Perasaan bimbang bahawa dirimu akan melakukan kesalahan kembali selepas bertaubat sehingga kamu menangguhkan taubatmu menunjukkan jiwamu belum ikhlas.

Isnin, 8 Februari 2010

Berfikir Pintu Ilmu

Berfikir merupakan pintu bagi mendapatkan maklumat. Maklumat adalah pintu kepada ilmu. Semakin tinggi fikirnya, semakin tinggi pengkajiannya, semakin tinggi dibukakan maklumat kepadanya. Tiadalah fikir yang paling mulia melainkan berfikir tentang ayat-ayat Allah, berfikir tentang mutiara-mutiara Nabi sama ada perkataan atau perbuatannya. Ayat pertama yang diturunkan adalah ayat yang menyebabkan masyarakat jahiliah terkejut dari lamunan dan berfikir tentang satu hakikat-hakikat bahawa adanya Tuhan yang menciptakan diri mereka, dan dicipta mereka daripada tanah.

Khamis, 4 Februari 2010

Latihan Ketenangan dan Penumpuan


Ketenangan dan penumpuan adalah amat penting dalam apa jua ilmu dan gerakkerja. Pelbagai kaedah yang diihamkan oleh manusia untuk mendapatkan ketenangan dan penumpuan. Mereka mencarinya dengan mengamalkan tenaga dalam, kuasa minda dan sebagainya. Mereka melakukan dengan langkah pertama iaitu ketenangan. Ada mereka yang menarik nafas dengan teknik tertentu untuk mendatangkan ketenangan, kemudian mengosongkan fikiran untuk menghasilkan konsentrasi (penumpuan).

Rabu, 3 Februari 2010

Wanita itu...


Wanita, Akal setipis rambutnya.
Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi Tanpa wanita.
Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya.
Apa lagi yang tidak ada ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa.