Selasa, 12 Mac 2024

Marhaban Ya Ramadhan

Ramai umat Islam apabila menyebut bulan Ramadhan, fikiran mereka tertumpu pada Masjid dan mengerjakan Umrah. Itulah amal  dalam fikiran mereka.

Sedangkan suasana kini dengan pelbagai krisis melanda dunia, maka ibadah sosial adalah lebih utama.

Krisis saudara kita di Palestin yang pasti berganda hadapi penderitaan perlukan berganda kita memikirkan membantu mereka. Sedang kita berfikir mahu berbuka dengan juadah jenis apa, mereka berfikir adakah makanan untuk mereka berbuka.

Bukan sahaja di Palestin, tetapi disekeliling kita ramai yang perlukan pertolongan, ramai yang kais pagi makan pagi,kais petang makan petang. Yang berniaga perlu tentu untung malah mungkin akan kerugian dan menambah hutang yg ada.

Hidup kini semakin perit ,semakin hari dunia semakin kepanasan, jiwa- jiwa manusia juga kepanasan. Ekonomi semakin tenat, barangan semakin mahal. Cukai semakin meningkat. Penyakit anziety membawa kemurungan semakin menular. 

Kini ramai yang hadapi pelbagai penyakit misteri.Ramai yang mati mengejut dalam usia yg muda.

Sirami kepanasan dan keperitan ini dgn siraman cinta melalui Ibadah Sosial. Rapatkan kasihsayang dan saling prihatin.

Tiadalah ibadah yg amat dicintai ALLAH melainkan memberi kebahgiaan pada mereka yg menderita.

"Apakah makna hujan jika tak hasilkan tanah yg subur, Apakah makna amal jika tak hasilkan hati dan pekerti yg mulia..?"

Marhaban Ya Ramadhan

Walid Ibrahim Al Malik

Khamis, 29 Februari 2024

INSAN KHALIFAH


Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

وَاِ ذْ قَا لَ رَبُّكَ لِلْمَلٰٓئِكَةِ اِنِّيْ جَا عِلٌ فِى الْاَ رْضِ خَلِيْفَةً  

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi"

(QS. Al-Baqarah 2: Ayat 30)

Insan Khalifah miliki tiga nilai iaitu                               

1. Hubungan dengan الله
2. Hubungan sesama insan
3. Hubungan dengan alam.

Insan yang miliki kualiti Khalifah ini perlu dibangunkan terlebih dahulu sebelum Negara menuju Sistem Khalifah.

Insan Khalifah ini yang akan menjadi pendukung utama kepada Khalifah Negara sebagaimana para sahabat dan penduduk Madinah mendukung Pemerintahan Rasulullahﷺ

Insan Khalifah yang miliki Ketauhidan yang murni dan akhlak yang mulia akan membawa Kemajuan  Negara yang sejahtera.

Kemajuan Kebendaan tanpa pembinaan Insan Khalifah akan menghancurkan Insan menjadi haiwan malah lebih hina dari haiwan.

Hidup bercakaran, bermusuhan,saling menjatuhkan, berbunuhan berebut harta, pangkat , kawasan dan mangsa.

Nilai KeTuhanan dan akhlak insan hancur, maka bagaimana mungkin muncul dunia yang indah dan damai?

Kerosakan Negara dan dunia perlu dibaiki melalui pembinaan Insan lantaran adalah "HATI" dunia. Elok insan maka elok dunia, rosak insan maka rosak dunia.

Kerosakan insan dibaiki bermula dari Ketauhidan dan akhlak jiwanya, darinya akan terbangun kesejahteraan  dalam segala aspek dan bidang kemajuan dunia.

Maka Gagasan IMS atau ا م س adalah gagasan utk membina insan Khalifah yang dengannya terbangun keluarga, masyrakat dan akhirnya menuju sistem pemerintahan Khalifah.

Wallahualam.
Walid Ibrahim Al Malik

Isnin, 18 Disember 2023

SIHIR DAJJAL VS HIDAYAH ALMAHDI

Sihir Dajjal bukan sahaja dalam bentuk bawa penyakit, tetapi sihir dajjal juga dalam bentuk "hipnosis" melalui gelombang dan teknologi (media)  kuasai pemikiran dan jiwa  penduduk dunia.

Sihir Hipnosis dajjal  melalui media menjadikan yang jahat menjadi kelihatan baik, yang baik kelihatan jahat. 

Sudah puluhan tahun umat dunia dihipnosis ISLAM adalah keganasan. Amerika dan Britain adalah hero dan penyelamat dunia melalui filem hollywood seperti James bond, Superman, combat dan lainnya. 

Mesej filem mereka US adalah baik, Rusia, china dan Islam digambarkan Jahat, lemah dan ganas.

Dalam filem dan muzik, sihir Dajjal masukkan nilai kebebasan seks, LGBT, Arak, pembunuhan,  kebebasan hidup tanpa had, kebebasan fesyen, kebebasan bersuara anak pada ibu bapa, murid pada guru sebagai kawan, mereka perlu melawan jika tidak dengar pendapat mereka, agama dianggap mengongkong dan pelbagai unsur yg bertentangan dgn ajaran Agama secara halus.

Hal ini membawa masyarakat dunia apa jua aliran agama dan kaum dihipnosis hingga melihat hal tersebut menjadi normal malah dilihat sebagai tanda seorang itu berfikiran maju. 

Justeru itu para karyawan seni wajib bangun melawan sihir Fitnah Dajjal dengan bangunkan karya²  yang membawa nilai-nilai Hidayah Al Mahdi yakni nilai  agama dan  nilai murni budaya bangsa dalam semua aspek kehidupan secara halus dan bijaksana.

Bidang ekonomi melalui World Bank jelas Sihir Dajjal membawa RIBA dan sistem Kapitalis menguasai Negara dunia. Mereka wujudkan Kasta manusia melalui Ekonomi.  

Semua bank dunia membawa sistem mereka. RIBA dilihat hal yang sudah normal walaupun jutaan manusia menjadi hamba dan sengsara dengan sistem tersebut. 

Melalui WHO, Sihir Dajjal menguasai perubatan dunia. Mereka wujudkan undang² perubatan untuk dunia, mencetak para doktor berakidah aliran perubatan mereka dan menolak perubatan lain hatta dari perubatan Nabawi.

Mereka mencipta Virus, kemudian mencipta Vaksin dan memaksa seluruh dunia ikuti peraturan tersebut. Tiada pilihan lain utk rawatan melainkan cara mereka. Inilah permaksaan dan perhambaan moden atas nama perubatan. Hakikatnya mereka mahu dunia dan manusia patuh pada mereka.

Teknologi HP yg ada ditangan wajib menjadi senjata untuk melawan sihir tersebut dengan menyebarkan Hidayah Al Mahdi  kepada masyarakat. Jangan jadikan ia utk membawa unsur fitnah, kebencian, perpecahan, permusuhan, kesombongan.

Kita tidak perlu sibuk berbahas dan menunggu imam al Mahdi muncul  untuk menentang Sihir Fitnah Dajjal tanpa melakukan apa². Jadikan setiap kita adalah Al Mahdi kecil  bangun membawa Hidayah atau kebenaran. Senjata HP sudah ada ditangan, gunakan sebaiknya sebagai JIHAD waktu ini dalam menentang Sihir Fitnah Dajal.

Teknik perang menjadikan senjata musuh sebagai senjata kita untuk menentangnya.

Jadikan setiap Nafas adalah ibadah dan Jihad sebelum dijemput pulang menemui Illahi. Kita hanya para musafir di alam ini.

Wallahualam
Walid Ibrahim Al Malik

Khamis, 14 Disember 2023

SIHIR KABBALAH 2

Apabila bacaan Al Quran seperti surah Al Ikhlas dibaca songsang, maka ia akan menarik kuasa hitam, apalagi jika seorang itu hidup songsang dari al Quran, maka dia menarik kuasa hitam (iblis, syaitan) bersama dengannya.

Ajaran Kabbalah adalah ajaran dari kelompok Yahudi yang muncul dari zaman Nabi Musa a.s. Ia menjadikan Iblis yang dipanggil Lucifer sebagai Tuhan dan Dajal adalah Raja mereka. Mereka memusuhi para Nabi² (a.s) malah membunuhnya seperti Nabi Zakaria a.s dan cuba membunuh Nabi Isa a.s.

Para pemukanya yang awal adalah dari Keturunan 10 adik beradik Nabi Yusuf a.s yang cuba membunuhnya.

Permusuhan akibat kedengkian tersebut tiada padam hingga kini. Ia adalah angkatan penerus kedengkian dan permusuhan Iblis pada Nabi Adam a.s.

Musa as Samiri adalah Dajjal yang hidup dari zaman Nabi Musa a.s. Ia dilepaskan oleh Nabi Musa a.s atas perintah الله  walaupun telah membawa Bani Israel menyembah patung lembu yang diciptanya.

Lantaran dalam kehendak Allah, hanya Nabi Isa a.s yang diberi cop mohor membunuhnya diakhir zaman.

Ajaran sihir Kabbalah ini berkembang di seluruh dunia dalam pelbagai wajah dan bentuk. Mereka menawarkan kekayaan, kuasa, pengaruh, wanita sesiapa yang mengikutinya.

Ramai para pemimpin tokoh dan kumpulan yang berpengaruh dari sudut politik, ekonomi, hiburan, sukan, media sosial dan lainnya adalah penganut ajaran Kabbalah.

Mereka membawa manusia menyembah Iblis dalam bentuk menyembah patung, wang atau diri sendiri dan meninggalkan الله sebagai Tuhan.

Mereka terbalikkan ajaran para Nabi dan tiadalah musuh utama mereka adalah Islam. Apa yang diharamkan mereka halalkan.

Lihatlah ajaran LGBT yang terang-terangan kehidupan mereka yang bertentangan dengan ajaran para Nabi dan fitrah manusis. Tapi sihir Kabbalah bukan hanya menjadikan manusia tidak normal tetapi juga memaksa dunia iktiraf mereka. Akan memberi tekanan mana-mana negara dan pemimpin yang menentang ajaran LGBT.

Atheis, Hindu, Budha, Kristian (Triniti), Agama Yahudi yang selewengkan Taurat dan menolak kenabian selain Nabi Musa a.s adalah ciptaan kumpulan Kabbalah. Pelbagai wajah agama tetapi dari sumber yang sama iaitu Iblis dan Dajjal yang membawa gerakan sihir Kabbalah.

Bulan Oktober 2023, pemujaan sihir Kabbalah dilakukan sebagai tradisi mereka. Banyak energi hitam mengelilingi dunia kini. Pelbagai penyakit aneh yang menganggu spiritual, emosi, fikiran dan badan muncul malah membawa kematian.

Mereka mahu cipta ketidaktenteraman dunia melalui sihir mereka yang disebarkan melalui teknologi, angin dan gelombang. Hand Phone yang kita guna kini termasuk senjata mereka yang digunakan untuk hantarkan sihir mereka. (gelombang).

Ramai yang sakit ganjil penuh di hospital kini yang membingungkan doktor. Ia seperti serangan virus tetapi bukan virus.

Setiap penyakit ada ubatnya. Hanya mereka yang jauh dengan Allah dan ajaran Nabi yang akan dapat dikuasai.

Mereka yang berada dalam kota Tauhid (Mekah) dan Kasih Sayang (Madinah) akan selamat.

Zaman ini kewajiban bersama dengan para² Guru Rohani atau para Mursyid yg bersanad sampai pada Rasulullah ﷺ yang membawa tauhid dan cinta agar selamat dari sihir dan tipudaya ajaran Kabbalah ini.

Amalkan Selawat sebagai pelindung utama. Insya-Allah.
(Walid Ibrahim Al Malik)

Selasa, 28 November 2023

Sihir Kabbalah

Ada hiburan yang memang berhibur tanpa ada tujuan, penuh kelalaian, lagu² hanya hal berkisar benda remeh temeh, menari sampai tak sedar diri lelaki dan wanita. 

Namun disana ada hiburan yg lebih  bahaya, bukan sahaja melalai dan mengila tetapi  ada mesej tersirat kepada pemujaan Iblis dan bebas dari Agama yg mahu disampaikan.

Seperti kumpulan C0ldplay, ia membawa mesej pemujaan  sihir Kabbalah Yahudi yang mengangkat Iblis sebagai Tuhan (Lucifer), Dajjal sebagai Penyelamat, seruan hidup bebas dari Agama, promosi LGBT, merayakan kemenangan kristian menakluk Palestin dan lainnya.

Ajaran kumpulan Kabbalah berlindung disebalik pelbagai aliran muzik Barat , para "Rabbi" mereka akan ditolak jika berceramah membawa mesej tersebut namun akan diterima dunia apabila dibawa dalam bentuk hiburan muzik.

Berapa ramai generasi muda Islam yg rosak akidah dan akhlak melalui sihir muzik ajaran Kabbalah ini. Mereka tiada kesedaran harga diri sebagai seorg Islam apabila mendengar muzik dan lagu walaupun jelas pemujaan syaitan.

Ada kumpulan muzik "underground" yang telah lama bergerak, dalam setiap majlis tahunan mereka melaungkan " We Are Syaitan".

Contoh mereka yang kerasukan Syaitan hingga sanggup buat beberapa kali pembedahan untuk mendapat rupa Syaitan

Parti berpakaian Syaitan telah berkembang dan mereka memakai dengan penuh bangga. Kini telah menular ke negara Arab Saudi, umat Islam berduyun-duyun memakai pakaian rupa Ssyaitan tersebut.

Akibat terpengaruh dgn muzik dan lagu tersebut, bukan hanya berpakaian syaitan tetapi sudah ada golongan yg menukar wajah kepada syaitan.

Lagu mereka  pada luaran tiada kelihatan salah, namun secara halus membawa mesej kebebasan dan cinta tanpa batasan. Mereka tanam kebencian pada sistem yg mengikat kebebasan mereka. Membenci Agama, para Nabi, ulama dan para pemimpin yg menentang mereka.

Justeru itu hati² dengan Sihir Kabbalah diakhir zaman, mereka menggunakan aliran muzik, angin, gelombang dan teknologi untuk hembuskan sihirnya.

Akibatnya manusia akhir zaman ini hadapi kecelaruan jiwa, fikiran dan kehidupan. Mereka jadi kejam, cepat marah, tiada adab dgn ibubapa , pergaduhan, jauhi agama, mendukung LGBT dan pelbagai lagi yang lari dari fitrah manusia yang suci.

Wallahualam.
Walid Ibrahim Al Malik

Rabu, 11 Oktober 2023

PERANG PALESTINE 2023

 

Perperangan yang berlaku kini di Palestine akibat serangan Hamas adalah luarbiasa tidak sama dgn perperangan sebelumnya.

Jelas ketakutan pada pihak Israel dengan melakukan pembalasan kepada orang awam. Kemenangan kini berpihak pada HAMAS. 

Namun ia bukan jalan yang mudah, US sebagai perlindung utama Isreal tidak akan membenarkan kemenangan pada Hamas apalagi pilihanraya Presiden semakin hampir.

Serangan balas dari US dan sekutunya akan berlaku jika dilihat Israel semakin terancam. Rusia,Iran,Cina malah mungkin Arab Saudi akan bersama Palestine.

Ia pasti menambah parah kepada ekonomi dunia yang kini sudah pun tenat. Kita perlu bersedia hadapi zaman kesakitan dari aspek rohoni,mental dan gerak kerja.

Kelemahan Presiden US kini dimanfaatkan sepenuhnya oleh pihak lawan. US tidak lagi digeruni. Begitu juga agen Mosad Israel yg terkenal menjd bahan ketawa krn tak mampu mengesan serangan  yg akn dilakukan HAMAS.

HAMAS adalah ASWJ yg tertarik dengan Gerakan Ikhwan Muslimin di Mesir yang diasaskan oleh Imam Hasan al Banna. Tika Morsi menjd Presiden Mesir, Hamas mendpt kekuatan kerana banyak bantuan diperolehi.

Namun apabila Morsi dijatuhkan dan diganti dgn  Abd Fatah as sisi, maka tiada lagi bantuan malah dianggap musuh utama lantaran HAMAS dianggap sekutu Ikhwan Muslimin yg diharamkan di Mesir. 

HAMAS juga disenaraikan sebagai Penganas oleh US dan Antarabangsa, maka segala bantuan tidak boleh disalur pd Hamas krn akan dicop sebagai membantu Penganas.

Hanya Iran satu² Negara Islam yg berani membantu HAMAS walaupun berlainan mazhab. Mereka bersatu hadapi musuh yg sama iaitu Israel dan mengenepikan perbezaan Mazhab.

Hizbullah yang berpengkalan di Lebanon adalah sebuah badan jihad bermazhab Syiah mempunyai hubungan yang akrab  dengan Hamas dalam aspek ketenteraan.

Ada kelompok Islam yang sedang mainkan Isu Hamas adalah sekutu Syiah, maka tidak perlu disokong kerana mereka membawa agenda Syiah.

Dalam suasana perang yang  getir ini, tiada sepatutnya isu ini dipermainkan. Hamas dan Fatah adalah ASWJ namun ada perbezaan dalam mazhab  siasah namun mereka saling menghormati.

Begitu juga dgn Hizbullah dan Iran,mrk bermazhab Syiah namun saling hormati dgn mazhab Sunni para penduduk dan pejuang Palestine.

Isu kebersamaan dalam perang tak boleh dikaitkan dengan kebersamaan dlm mazhab. Suasana perang juga membawa suasana yg mrk tak sempat untuk besarkan perbezaan mazhab, mereka hadapi musuh yang sama penuh kezaliman. Mereka  lebih tumpu kpd kebersamaan menyusun perang dan keselamatan daripd isu perbezaan mazhab.

Kita yang aman ini sahaja ada masa berperang hal khilafiah dan perbezaan Mazhab. 

Dalam Syiah mengikut Tuan Guru Hj Hadi miliki pelbagai mazhab, ada yang hanya Syiah dalam siasah namun dalam bab akidah dan mazhan adalah sunni. Ada yang melampau mengkufurkan sahabat dan isteri Rasulullah saw,namun ada yang sederhana menentang golongan radikal tersebut.

Tika ini kita perlu bersama dengan Para pejuang Hamas dalam menentang Israel, berilah bantuan apa jua bentuk yang mampu dilakukan. Adapun isu yang lain kita selesai secara dalaman kemudian.

Kalam² yg mengaitkan Hamas diperkuda oleh Syiah perlu dilempar jauh lantaran suasana getir yang mereka hadapi. 

Tika seluruh dunia memulau Hamas dengan tanpa bantuan, apakah pilihan yang ada pada Hamas untuk meneruskan perjuangan. Berdamai  dengan Israel seperti Fatah atau meneruskan perjuangan menentang Israel.

Jika mahu meneruskan perjuangan maka perlu bersama dgn Iran yang tetap teguh berani membantu. Mereka tiada pilihan ke dua.

Akhir kalam kita Ucap tahniah pd kerajaan Malaysia  yang tetap konsisten dalam isu Palestine walaupun bertukar PM dan Parti kerajaan, terus bersama mendukung Palestine dlm memperjuangkan hak mereka  dan menentang kezaliman Israel pada rakyat  Palestine.

Rakyat Malaysia perlu bersatu dalam isu Palestine.

Wallahualam.

WIAM

11.10.2023

Jumaat, 8 September 2023

KIAMAT INTERNET DAN ELEKTRIK

 

Tanpa disedari manusia secara halus terperangkap dalam penjara besar internet dan elektrik.

Tika mana hidup manusia telah bergantung sepenuh dengan sistem elektrik dan internet, tiba-tiba semua dihentikan. Kiamat Elektrik dan Internet akan berlaku. Segala kehidupan akan terhenti.

Bangunan dan rumah-rumah megah yang kelihatan di bandar besar dengan segala teknologi tiada boleh bertahan walau satu minggu jika tiada elektrik dan internet. 

Para penghuni akan berduyun keluar, segala maklumat hilang, segala kekayaan hilang, segala gedung makanan tiada dapat operasi, segala perhubungan terputus, pam minyak tak dapat beroperasi menyebabkan kenderaan tersadai, kapal terbang, keretapi tak bergerak.

Kilang-kilang yang membekalkan segala kegiatan sumber kehidupan terhenti. Bank-bank yang menyimpan data penyimpan dan kewangan terhenti.

Segala kegiatan kehidupan manusia zaman moden ini akan terhenti. Cukup satu minggu sebuah Negara akan menyerah kalah dan akan tunduk kepada segala tuntutan yang dikehendaki jika mahu berjalan seperti biasa.

Kiamat Internet dan elektrik mungkin akan berlaku. Manusia hanya diberi dua pilihan samada mengikuti atau musnah kehidupan.

Kita perlu bersiap. Serangan melalui atap-atap rumah.

Wallahualam.
Walid Ibrahim Al Malik

Jumaat, 29 Oktober 2021

Redha dan Sabar

Para Kekasih Allah melalui kesedihan dengan penuh Redha dan Sabar, malah dia mencintai kesedihan tersebut dan tiada mahu hilang dalam dirinya walaupun penuh kesakitan lantaran ia membawa kejernihan jiwa dan bermanja dirinya dengan Allah.

Sesiapa yang dicintai Allah, nescaya akan dijadikan hidupnya melalui pelbagai kesedihan, jika mereka Redha dan Sabar, akan diangkat dalam wilayah para kekasihNya

Hati yang penuh kegembiraan, sedikit kesedihan sukar untuk mencapai wilayah Cinta lantaran banyak kelalaian dan kesombongan

Semakin hidup penuh kesedihan dilalui dengan Redha dan Sabar, semakin tinggi kedudukan di sisi Allah, semakin tinggi kedudukan syurga yang diperolehi..

Jangan memusuhi kesedihan kerana di dalamnya penuh hiburan yang disediakan Allah apabila dilalui dengan Redha dan Sabar..

Sesungguhnya cara Allah menyayangi mu kadangkala amat menyakitkan mu namun itulah kebaikan untuk dirimu.

@Ibnu Muhamad

Selawat Meringankan Beban

 

Hidup ini banyak bebanan, jika diri mu lemah akan akan terasa amat berat bebanan, jika diri mu kuat, bebanan akan terasa ringan, jika lebih kuat akan lebih lagi ringan...

Jika selawat yg diamalkan dalam 300 sehari masih terasa berat bebanan pada jiwa, tingkatkan menjadi 500 sehari agar terasa ringan, jika masih berat lagi tingkatkan menjadi 1000 sehari, begitulah seterusnya ditingkatkan jumlah selawat.

Semakin banyak selawat , rohoni mu menjadi kuat hubungan dgn Rasulullah Salallahu alahi wasallam, maka dengan sendiri membawa kuat hubungan dgn Allah

Semakin kuat hubungan dgn Allah, bebanan permasalahan kehidupan akan semakin ringan

Semakin Rohoni mu berterbangan kpd Allah, segala bebanan dunia semakin jauh meninggalkan mu

@Ibnu Muhamad

Dunia Yang Penat

 

Dunia adalah tempat kepenatan pada badan, fikiran dan hati, ada kepenatan yang bernilai di sisi Allah, ada kepenatan yang sia-sia  sahaja malah ada yang dimurka Allah

Kepenatan badan lantaran kerja keras, kepenatan fikiran lantaran banyak berfikir, kepenatan hati lantaran banyak kesedihan, keresahan dan kebimbangan

Beruntung mereka jika kepenatan untuk mencapai Redha Allah dan Rasul, rugilah mereka jika kepenatan untuk mencapai Redha manusia dan nafsu

@Ìbnu Muhammad