Rabu, 27 Januari 2010

Menanti Kelahiran Semula Wanita

Wanita dimasyhurkan kerana tidak ditonjolkan. Ia tersembunyi biarpun hadirnya menggegarkan.

Dia adalah Hawa. Dia dicipta sebagai wanita. Pelengkap lelaki yang mempunyai keistimewaan yang hebat dan termahal di dalam menjana peribadi unggul dan berprestij. Dia adalah aspirasi setiap generasi. Bertepatan dengan fitrahnya yang lembut, berhikmah, halus dan tersendiri, ia mempunyai sentuhan ajaib yang terlalu sukar untuk diganggu gugat. Agung dan uniknya wanita kerana menjadi tapak semaian pertama benih-benih generasi yang bakal mewarnai dunia dengan agenda perjuangan. Peranannya di dalam memanusiakan manusia tidak pernah dinafikan oleh kebenaran sejarah.

Isnin, 25 Januari 2010

Islam, Wanita dan Pemikiran Salah

Seringkali saya ditanya tentang kedudukan wanita apabila Islam dijadikan dasar negeri atau negara dalam perjumpaan dengan wanita-wanita yang kurang pengetahuannya dengan agama dan wanita bukan Islam. Mereka jujur bertanya dan kita tidak menyalahkan mereka jika mereka memiliki kefahaman yang salah dan mengelirukan. Ini disebabkan pemimpin dan media massa tidak bersungguh-sungguh membawa suatu bentuk pemikiran yang betul terhadap Islam.

Islam dikaitkan dengan keganasan dan kemunduran, sedangkan Barat digambarkan baik dan maju. Inilah adalah kejayaan Barat dalam menjalankan perang pemikiran terhadap umat Islam, apabila mereka melihat Islam tidak boleh dikalahkan melalui peperangan secara berdepan. Melalui serangan ini, sekurang-kurangnya mereka berharap berjaya melahirkan umat Islam yang ragu terhadap agamanya. Dan mereka dikira berjaya meracuni pemikiran umat Islam mutaakhir ini.

Kalaulah tidak ada golongan yang sentiasa mempertahankan Islam dengan da’wah tanpa henti-henti, nescaya tiada lagi manusia Islam yang akan kembali menguasai bumi ini, melainkan Islam akan hidup dalam bentuk amalan sahaja dan akhirnya ia menjadi budaya satu-satu kaum tanpa mengetahui keluasan dan keindahan Islam yang hebat.

Sebenarnya dalam sesi perdebatan antara mereka yang menentang Islam dengan golongan yang mempertahankan, kemenangan pasti berpihak kepada golongan yang mempertahankannya. Kerana mereka mempertahankan suatu bentuk hidup yang datang dari Tuhan manusia sedangkan golongan yang menentang itu hanya berpandukan kepada kecerdikan akal dan nafsu semata-mata. Mereka berhujah dari sudut persepsi Barat tetapi tidak mendalami hujah dalam Islam.

Apabila bercakap tentang wanita, mereka mengatakan Islam akan meletakkannya di belakang dan merendahkan taraf mereka. Saya tidak mengerti apakah yang dikatakan merendahkan taraf mereka sedangkan Islam datang meninggikan darjat mereka.

Apakah apabila ramai wanita yang sudah berani bergambar separuh bogel, darjat mereka telah dimuliakan? Apakah dengan ramai wanita yang melahirkan anak tanpa ayah, darjat mereka telah dimuliakan? Apakah dengan ramainya wanita yang derhaka kepada suami, hak wanita itu telah ditinggikan? Apakah dengan berjaya membuka pakaian yang menutup aurat wanita sehingga hilang sifat malunya, boleh keluar dan menari dengan sesiapa dianggap kejayaan mengangkat martabatnya? Apakah dikatakan meletakkan di belakang atau merendahkan tarafnya, apabila dalam rumahtangga suami menjadi pemimpin?

Kenapa dia tidak mempertikai Tuhan mengapa wanita sahaja yang mesti mengandung, wanita sahaja yang ada darah haid, kenapa wanita tidak diwajibkan berperang dimedan perang? Kenapa Tuhan menjadikan wanita mempunyai rupa dan tubuh badan yang cantik, kenapa Tuhan menjadikan mereka mempunyai sifat lemah lembut, penyayang dan ingin dicintai, dibelai, dilindungi sedangkan perkara-perkara itu tidakkah termasuk dalam merendahkan martabat mereka? Islam datang dari Tuhan, ianya tidak pernah merendahkan wanita tetapi meletakkan wanita diatas haknya. Apabila wanita tidak berada di atas paksi yang ditentukan Tuhan, akan hancurlah dunia sebagaimana jika planet-planet tidak berpusing mengikut paksinya itu.

Dunia memerlukan lelaki dan wanita, lelaki tidak boleh berada di atas paksi wanita dan wanita tidak boleh berada di atas paksi lelaki. Kehormanian rumahtangga dan kehidupan terserlah apabila manusia hidup saling berada di atas landasan yang benar. Lelaki akan bahagia jika yang mendampinginya ialah wanita yang solehah, hanya membuka auratnya pada suaminya, mengekalkan sifat malu, menegur suami jika melihat kesalahan suami, bijak menggunakan senjatanya iaitu lemah lembut, penyayang dan tidak membuka keaiban suami, menghormati suami dan menyayangi anak-anak. Tidak bergaul bebas dengan sebarang lelaki dan mempunyai ilmu yang tinggi untuk membantu berkongsi idea dengan suami.

Begitu juga, wanita akan bahagia jika dia memiliki suami yang mempunyai sifat yang bertakwa dan berpegang kepada ajaran Nabi dalam hal-ehwal rumahtangga dan kehidupan. Islam tidak pernah menentang wanita Islam mendalami ilmu, mencari rezeki dan bergaul tetapi Islam hanya datang memelihara wanita supaya tetap menjaga kemuliaan di mana mereka berada. Apakah hanya dengan sehelai kain yang menutup kepala menyebabkan wanita tidak boleh maju berfikir, apakah hanya pakaian yang membalut aurat mereka menyebabkan mereka tidak boleh berjalan dengan pantas, tidak boleh memandu kereta atau kapal terbang? Apakah hanya kerana takutkan akhlak mereka rosak atau maruah tercemar, ia menghalang dan menggagalkan agenda kemajuan?

Inilah perbezaan antara kemajuan Barat dan kemajuan Islam. Kemajuan Barat membawa kepada kehancuran akhlak sedangkan kemajuan yang dibawa oleh Islam adalah berdasarkan akhlak-akhlak yang mulia. Apakah kesalahan Islam di sini sehingga ditohmah dengan pelbagai fitnah kononnya kita hendak melangkah ke belakang apabila mengamalkanya? Apakah apabila manusia mahu kembali kepada Tuhan dianggap tidak tamadun dan apakah manusia yang meninggalkan Tuhan dianggap bertamadun? Apakah dengan sanggup menguburkan nilai-nilai yang mulia dianggap bertamadun dan golongan yang ingin mempertahankan nilai yang mulia dianggap tidak bertamadun? Ukuran apakah yang dipakai? Ukuran akal yang sihat atau ukuran nafsu yang diperkuda oleh syaitan?

Apakah manusia yang takutkan dosa, mematuhi hukum-hukum Tuhan dianggap kolot dan orang yang kembali kepada kepada kebebasan agama sebagai orang yang maju atau manusia yang baik? Apakah seorang insan itu dikatakan baik apabila dia meninggalkan ajaran agama dikatakan jahat apabila dia berpegang kepada agama, sebagaimana yang digambarkan oleh drama-drama yang dipaparkan di media massa?

Manusia semua sudah maklum dengan hal-hal yang dikatakan kebaikan dan apakah yang dikatakan dengan keburukan. Adakah boleh dianggap seorang wanita itu sudah insaf disebabkan dia berpakaian menjolok mata dan sentiasa mengadakan parti tari-menari? Tidakkah canggun perkataan itu, sedangkan apa yang difahami manusia, yang dikatakan perempuan itu insaf atau kembali ke pangkal jalan apabila dia meninggalkan segala kehidupan itu dan kembali menghayati lunas-lunas agama. Menunjukkan bahawa apabila kembali kepada agama mereka sebenarnya di atas jalan yang memuliakan mereka, sebaliknya apabila mereka hidup berlandaskan Barat, ia adalah kehidupan yang tersasar dari kemuliaan sebagai seorang wanita.

Islam datang memberi hak pada manusia. Manusia mesti kembali kepada fitrahnya. Manusia dijadikan Allah dengan adanya ruh, akal, nafsu dan jasad. Justeru itu, kita bertanya mana ada satu sistem di dunia ini yang memberi kesempurnaan kepada manusia. Barat mengutamakan akal dan jasad dan Islam tidak pernah menghalangi apa yang baik sama ada ianya dari pemikiran dan bentuk kemajuan zahiriah, namun Islam datang melengkapkan lagi dengan pengisian ruh kepada manusia. Akal memerlukan ilmu dan berfikir untuk terus subur dan aktif, jasad memerlukan makanan untuk kehidupan dan kesegaran tubuh badan. Manakala ruh memerlukan Tuhan untuk bersinar dan nafsu memerlukan pengawalan untuk memelihara kehormanian kehidupan.

Islam bukan datang hendak meruntuhkan bangunan yang tersergam indah, bukan hendak menahan negara menuju ke alaf baru dan hebat, tetapi Islam datang memberi aspek kerohanian iaitu jangan lupa pada Tuhan, dan mengawal nafsu manusia supaya tidak terheret dalam kancah kerosakan diri akibat pembangunan. Islam membimbing manusia supaya bertakwa kepada Allah SWT.

Semua manusia mengakui arus pemodenan tanpa adanya pengawalan agama akan merosakkan manusia. Gejala keruntuhan akhlak yang paling ramai datangnya dari dunia yang maju. Negara-negara maju bukan sahaja mejadi contoh kepada kemajuan ilmu, ekonomi, teknologi semata-mata tetapi keruntuhan akhlak di negara mereka juga telah menjadi contoh kepada negara-negara membangun. Ini sudah menjadi resam dunia bahawa yang kuat mempengaruhi yang lemah. Kerosakan dunia hari ini adalah akibat dari kerosakan yang datang dari negara maju. Justeru itu, kita menyokong jika pihak pemerintah bersungguh untuk memajukan negara agar negara menjadi contoh kepada negara lain, tetapi apa yang dipersoalkan apakah yang ingin kita dicontohi? Dari segi kemajuan, banyak negara yang lebih maju dari kita, tetapi dari segi akhlak dan spritual kita menuju ke arah kehancuran. Apakah makna contoh jika kita maju tetapi mempunyai masyarakat seperti mereka sahaja. Kita bukannya membawa sesuatu yang baru, tetapi sekadar ingin mengganti yang lama.

Islam tidak akan terlaksana dengan baik dan menjadi model untuk masyarakat dunia selagi pola pemikiran pemimpin dan rakyat tidak dibetulkan secara serius. Kita memerlukan kesungguhan dan keberanian untuk mengubah hal tersebut. Untuk melakukan reformasi dari pemikiran penjajah kepada pemikiran Islam, kita memerlukan pemimpin yang bertakwa dan mempunyai dasar kefahaman yang mantap tentang Islam untuk menjayakannya. Orang-orang yang awalnya menentang akhirnya akan menerima apabila melihat keindahan dan kemajuan yang dibawa. Islam bukannya baru bagi tamadun dunia. Banyak negara yang sudah menerima perlaksanaan dasar Islam suatu ketika dahulu, cuma ianya telah diruntuhkan oleh ketamakan dan kedengkian. Ia bukannya suatu idealogi yang terkial-kial untuk dicuba sebagaimana komunis tetapi ianya sudah lengkap dan telah terbukti kejayaannya. Manusia telah merasai keamanan, keadilan dan kemajuan dibawah pemerintahan Islam.

Sepatutnya pada zaman manusia sudah sampai ke bulan, manusia lebih memerlukan Islam kerana Islam sahaja yang datang membawa aspek keTuhanan dalam semua bidang, dan amat rugilah setiap saat kehidupan manusia yang tidak memilih Islam kerana saat-saat mereka berlalu begitu sahaja tanpa adanya pahala dan kebaikan. Bayangkanlah seorang ahli sains yang setiap malam berfikir untuk melahirkan ciptaan baru untuk kegunaam manusia tanpa bertunjangkan keTuhanan, dia tidak akan memperolehi apa-apa di sisi Tuhan, mungkin hanya tugu peringatan sahaja didirikan jika ia meninggal dunia, sedangkan jika ia bertunjangkan ajaran Islam, kehidupannya di dunia dan akhirat penuh dengan keberkatan dan pahala apabila manusia mendapat manfaat dari ciptaannya.

Selasa, 19 Januari 2010

Jalan Makrifat - Pesanan Guru

Pembersihan Jiwa untuk mencapai makrifat.

Para Anak-anakku Sekalian,

Untuk membolehkan dirimu terbang ke alam makrifat, kamu perlu bermujahadah dengan melepaskan diri kamu dari kegelapan selubung jasad ini, kerana ia menyebabkan kamu kelam dan lupa, menyebabkan kamu menjadi lemah dan jahil. Roh kamu dimasukkan ke dalamnya ketika sempurna ciptaannya. Firman Allah SWT, “Maka apabila telah Aku sempurnakan kejadiannya dan Aku tiupkan padanya Roh-Ku, maka hendaklah kamu tersungkur dengan bersujud kepadanya.”

Isnin, 18 Januari 2010

Sabarkah Daku?

Bukan dinamakan makhluk sekiranya tidak mempunyai masalah. Setiap makhluk samada di bumi dan di langit mempunyai masalahnya yang tersendiri. Cuma di sini setiap makhluk mempunyai perbezaan dalam masalahnya. Tapi Allah swt telah memberikan akal dan hati kepada kita untuk menghadapi permasalahan itu. Dengan akal inilah kita berfikir untuk mencari jalan penyelesaiannya. Ada di kalangan yang kita yang tewas dan ada dikalangan kita yang menang dan berjaya dalam mengharungi kehidupan yang bermasalah itu.

Jumaat, 15 Januari 2010

Akhirat Yang Abadi

Hidup di dunia adalah tumpangan sementara waktu saja. Lepas itu kita akan menginap di satu tempat yang kekal di akhirat iaitu syurga atau neraka.

Di dunia, kita ditugaskan mencari seberapa banyak bekal untuk dibawa ke akhirat. Dunia bukan tempat bersenang-lenang. Kesenangan di dunia sementara dan bersifat palsu. Begitu juga dengan kesusahan di dunia - sementara dan palsu.

Khamis, 14 Januari 2010

Dunia Yang Bermakna


Bersyukur ke hadrat Allah Taala kerana melahirkan kita ke alam dunia yang fana ini. Kita dihidupkan dan insyallah akan dimatikan dengan izinNya. Kita dipinjamkan jasad dan nyawa untuk beberapa ketika yang diizinkan yang kita sendiri tidak mengetahui kecuali diriNya. Hidup kita mengikut apa yang disabdakan oleh Baginda Rasul sebagai seorang pengembara yang sedang dalam perjalanan ke suatu destinasi yang jauh dan memerlukan banyak bekalan.

Selasa, 12 Januari 2010

Nur


Segala puji hanyalah milik Allah swt, Pencipta dan Pemerintah kerajaan di langit dan dibumi. Selawat dan salam sejahtera buat junjungan Nabi Saw dan ahli keluarga baginda.

Wahai hamba-hamba,
Pernah tak diri kita berfikir kenapa hati kita payah hendak membuat kebaikan, amal soleh, hati yang takut dengan Allah, hati yang sentiasa menangis dengan Allah? Camlah bahawa hati kita sudah diliputi titik hitam yang begitu banyak, hati kita telah hitam legam. Kerana apa terjadi sedemikian rupa? Kerana kita telah melakukan maksiat dan dosa. Sebab itulah kita payah nak buat kebaikan dan meninggalkan kemungkaran.

Jumaat, 8 Januari 2010

Ujian Tauhid

Firman Allah SWT dalam Surah (Al Mukminum : 115-118)

“Apakah kamu mengira mereka dijadikan hanya untuk bermain-main saja , dan bahawa kamu tidak dikembalikan kepada kami? Maka Maha Tinggi Allah, Raja yang sebenarnya, tiada Tuhan selain Dia. Tuhan yang mempunyai arasy yang mulia.”

Demi Allah, manusia sentiasa diuji oleh Allah SWT setiap saat selagi nafasnya berfungsi pada kehidupan ini, tiada yang diuji melainkan akidah kita. Kalimah Laillahailallah, Muhammad Rasulullah yang diucapkan apakah benar kita memahaminya, menghayatinya. Ramai manusia yang tertipu sehingga akidahnya tidak bersih, ia melakukan dosa yang tidak akan diampuni Tuhan di akhirat iaitu syirik.

Selasa, 5 Januari 2010

Dirikanlah Solat

In the name of Allah swt, Most Merciful, Most Gracious.

Firman Allah yang bermaksud:
“Allah-lah yang menciptakan tujuh langit dan juga bumi. Perintah Alah berlaku padanya agar kamu mengetahui bahawasanya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu, dan sesungguhnya Allah, ilmuNya benar-benar meliputi segala sesuatu.”
(Ath-Thalaq:12)

Isnin, 4 Januari 2010

Tahun 2010

Segala puji hanyalah milik Allah swt yang mentadbir dan mengatur segala perjalanan makhluk ciptaan-Nya. Selawat dan salam sejahtera buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW , para ahli keluarga dan para sahabat baginda.

Kita sudah melangkah ke Tahun 2010 di mana tahun ini telah dipanggil sebagai tahun baru bagi masyarakat dunia dan seisinya namun masih ada mereka mengatakan tahun 2010 adalah menunjukkan dunia dan seisinya semakin tua dan semakin menuju kehancuran. Sedarkah kita?