Khamis, 17 September 2009

Selamat Hari raya

Bulan mujahadah dan penuh berakah akan meninggalkan kita buat kali yang mengikut umur kita. Bulan mulia ini belum tentu kita akan temuinya lagi di bulan hadapan.Oleh yang demikian,beruntunglah sesiapa yang telah memenuhi bulan tersebut dengan ibadat dan mujahadah...bagi yang tidak,berdoalah kehadrat Ilahi agar Allah memberi ruang dan peluang lagi untuk bertemu bulan ibadah berganda itu.
Disempatan yang ada ini, saya memohon ampun dan maaf di atas segala niat, perbuatan dan percakapan yang boleh menyinggung perasaan kalian semua di sepanjang perkenalan dan perhubungan kita....tiada manusia di alam dunia ini 'perfect'...pintu kemaafan sentiasa terbuka sebagaimana Allah itu Maha Pengampun dan Penyayang...rahmat Allah mendahului kemurkaan-Nya....

Rabu, 2 September 2009

Anak-anak kita

Hari ini manusia berlumba-lumba untuk menjadi artis dan menjadi glamour. Buktinya program reality di kaca TV telah menganjurkan bermacam-macam activiti seperti Akademi Fantasia, Mentor, Star LG, Gangstar, One Million, Panggung Anak Wayang dan yang terbaru program mencari bakat menyanyi dan berlakon di kalangan kanak-kanak dan remaja agar semua manusia menjadikan artis sebagai idola,role model dan satu cara hidup. Ibu bapa pula menyambut seperti membeli pisang goreng yang panas lalu dengan pantas mendaftar, mengajar dan mendidik anak menjadi pandai dan hebat dalam lakonan dan nyanyian. Hati mereka tersangat sedih jika anak mereka gagal dan juga hati mereka menangis teresak-esak kerana kejayaan dan kemenangan anak-anak. Hati penulis pula berasa sedih memandangkan situasi dunia hari ini mengagungkan artis dan kerjaya sebagai artis lebih daripada Tuhan.

Pendidikan Hati - Pendakwah

Salam perjuangan kepada hamba-hamba Allah yang memperjuangkan Agama Allah swt.

Ketahuilah olehmu, berjuang meninggikan agama Allah itu adalah suatu pekerjaan yang mulia lagi agung kerana itulah kerja para Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul. Tidak ada kerja yang lebih mulia melainkan membawa manusia kepada Tuhannya, seperti membawa kekasih bertemu kekasih, membawa anak bertemu ayahnya, membawa isteri bertemu suaminya yang telah lama terpisah kerana kejahilan dan keduniaan.

Jihad Jalan Allah


Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih? (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui. Niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam jannah 'Adn. Itulah keberuntungan yang besar.(Ash-shaff:10-12)

Selasa, 1 September 2009

Nikmat Allah swt

Karena itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku.(Al-baqarah:152)
Bersyukur kita kepada Allah kerana telah memberi ruang dan peluang untuk menikmati nikmat hidup di alam dunia sekarang ini. Dengan taufik dan hidayah-Nya,saat ini kita boleh membuka computer dan membaca laman blog ini. Tanpa izin-Nya, siapalah kita untuk hidup,bergerak dan melakukan sesuatu.

Dunia adalah permainan cahaya

Wahai diriku, dunia yang kamu sedang kejar dan cari itu semakin menjauhi dirimu, akhirat yang kamu sering lari itu sedang mengekorimu….sedar atau tidak hakikatnya memang benar-benar ia sedang berlaku. Oleh kerana hatimu buta disebabkan cahaya hati dipadam oleh dosa dan maksiat maka perkara hakikat yg berlaku tidak kamu ketahui. Malangnya dirimu kini.

Sifat kebinatangan

Segala puji bgi Allah Tuhan sekelian, Yang memerintah kerajaan di langit dan dibumi, Selawat dan salam sejahtera buat Rasulullah saw dan ahli keluarga baginda, para sahabat,para tabien, para ulama, para wali,para pejuang agama Allah swt. Semoga syafaat dan barakah mereka terus menerus memberi cahaya kepada umat manusia.


Hari ini aku hidup hanyalah untuk memenuhi kehendak haiwani aku. Makan,tidur,kerja dan bersyahwat adalah sifat haiwan (haiwaniyah) di mana sifat ini telah ku didik dan pupuk dengan melaksanakan syariat atau hukum Allah swt.

Kekafiran

Ya Allah yg Tuhanku, ku merasakan pagi ku beriman kepada-Mu, petang aku kafir pada-Mu, petang ku beriman kpd-Mu, malam ku kafir kpd-Mu, malam ku beriman kpd-Mu, pagi ku kafir kpd-Mu. Itulah hati kecilku berkata-kata bila diberi bermacam-macam ujian ke atasku. Ini samalah seperti sabda Nabi SAW yang bermaksud; "ada manusia beriman waktu pagi dan kafir waktu petang, beriman waktu petang lalu kafir waktu malam". Asstagfirullah halazim..yang Allah ampunlah dosa-dosaku dan kelalaianku ini.

Mencari cahaya

Ku meneruskan perjalanan hidupku seperti biasa di mana pagi, petang dan malam ku habiskan masa utk makan,minum dan tidur. Tanpa kusedari umur jasadku semakin lama dan lemah. Ruhku pula meronta utk meninggalkan jasad. Ku mencari kebahagiaan yg hakiki, namun masih ku tidak temui. Masihku ingat pesanan guruku, hakikat bahagia bukan berada di dunia tapi berada di alam sana yakni alam akhirat. 

Unsur diri

Ketahuilah bahawa manusia terdiri daripada dua bahagian iaitu jasad dan ruh. Jasad dari unsur bumi dan ruh adalah unsur dari alam yang tinggi (alam al-amri). Ini dapat dapat digambarkan dalam perkembangan teknologi computer iaitu perkakasan (hardware) dan perisian (software). Tanpa perisian, perkakasan tidak dapat digunakan. Begitu juga manusia, tanpa ruh jasad tidak berfungsi apa-apa.

Fakirnya diri

Kita yg bergelar manusia tidak pernah lari drpd melakukan kesilapan dan kesalahan. Sesiapa yg tidak mengaku hakikat ini adalah org yg jahil tentang dirinya sendiri. Renunglah firman Allah swt yg bermaksud:" Wahai manusia!kamu ni fakir dan berhajat dengan Aku". Siapa kita utk merasa hebat dgn Allah swt yg mencipta diri kita dari setitis air yg tiada nilai pun. Bila sudah berilmu, pandai, berbadan cantik menjadi org yg tdk bersyukur dan lebih malang lagi menjadi penentang agama Allah yg begitu nyata iaitu tidak mengamalkan ajaran-Nya.

Hatiku

Segala puji hanyalah milik Allah swt yang mentadbir semua perjalanan makhluk ciptaan-Nya. Selawat dan salam sejahtera buat junjungan Nabi SAW dan ahli keluarga baginda, para sahabat,para tabien, para syuhada',para alim ulama,dan para wali Allah.

Beratnya hati ini untuk menulis kerana hati ini sedar betapa diri ini amat sekali tidak layak untuk berkata-kata, berbicara, dan bernasihat tentang Tuhan.