Selasa, 21 Disember 2010

Nilai atau Value


Ku termenung sendirian..
Memikirkan bagaimana kesudahan hidupku ini
Adakah dalam Iman atau tercabut Iman….

Lautan mana yang tiada gelombang?
Bumi mana yang tidak ditimpa air hujan?

Jasad mana yang tidak pernah sakit?
Benda hidup mana yang tidak pernah mati dan hancur?

Inilah hakikatnya kehidupan makhluk yang hidup….
Hakikatnya suatu perjalanan yang belum sampai ke destinasi
Perjalanan yang amat jauh dan sukar diramalkan
Perjalanan ini ramai yang tersungkur ditengah jalan
Berbahagialah mereka yang mengambil jalan para Nabi dan Rasul dalam meneruskan perjalanan…

Kematian bukan pemutus penderitaan dan kebahagiaan…
Ia hanyalah perpindahan alam…
Ramai yang sudah tahu dan memahami termasuk diriku
Namun hati masih dalam kebutaan kerana yang tahu itu hanyalah akal…..
baru sekadar maklumat di fikiran atau akal tetapi ia belum sampai ke hati atau minda bawah sedar…

Adakah kehidupan kita ini hanyalah sebegini selamanya?
Tafakur seketika…tanya dalam qalbi…apakah nilai diriku ini…
Manusia berjuang dan berjihad kerana NILAI atau VALUE….
Jika sesuatu barang itu tidak bernilai, apakah kita akan terus berusaha untuk mendapatkannya?
Carilah nilai diri…Carilah Perjuangan yang berNILAI di sisi Allah swt…..

Musafir Kelana