Jumaat, 1 November 2024

Iman dan Kebaikan, Kafir dan kejahatan adalah PILIHAN

Sollu ala Nabi

Duhai Saudara ku.

ALLAH yang Maha Rahman amat mahu kalangan hambaNya  beriman, hidup dalam kebaikan dan mendapat keampunananNya. Justeru itu ALLAH menurunkan para Rasul² untuk membawa manusia kepada Iman, berbuat kebaikan dan meninggalkan kejahatan.

Iman dan Kebaikan, Kafir dan kejahatan adalah pilihan manusia. Ada yang memilih  ikuti  tipudaya Iblis dan syaitan walaupun dilarang Allah.

Golongan jahat inilah yg melakukan pelbagai kejahatan dan Allah memerintah golongan mukmin bangun melakukan kebaikan dan cegah kejahatan mereka.

Itulah takdir@sistem yg berjalan atas hukum asbab dan musabab ditetapkan Allah. Apabila orang kafir dan jahat kuasai dunia maka banyak berlaku kejahatan dan kezaliman lantaran nafsu iblis dan haiwan dalam diri mereka bermaharajalela. 

Firman Allah " Segala kerosakan dibumi adalah dari tangan manusia sendiri."
(Surah Ar rum ayat 41)

Golongan yg beriman yang teguh dgn Islam wajib bangun menguasai dunia agar kebaikan dan keadilan ditegakkan dan segala kezaliman dihentikan.

Justeru itu jangan letakkan kesalahan pada Allah apa jua yang berlaku kerana sudah ditetapkan dalam takdirNya. Allah tiada sekali zalimi hambaNya melainkan hamba tersebut zalimi diri mereka atau zalimi manusia sekeliling.

Orang kafir yang jahat melakukan kezaliman namun orang beriman juga bersama lakukan kezaliman jika tak bangun berjuang dan membiarkan kezaliman terus berlaku.

Jika hidup ini tiada perlawanan kebaikan dan kejahatan maka tiada hidup ini dikatakan ujian. Mereka mahu Allah sentiasa campurtangan menghentikan kejahatan golongan yg zalim dan  mereka yg beriman hanya mahu diam membisu.

Hakikatnya Allah yang mahu golongan beriman bangun hentikan kejahatan dan kezaliman tersebut dan Allah akann memberi pertolongan jika perjuangan tersebut menempati syaratnya.

Ar Rahman Allah tetap berlaku pada hamba yg dizalimi. Yang zalim akan menerima azab yang pedih diakhirat  dan yang dizalimi diangkat ketinggian darjat Syahid. Mata kasar kita melihat mereka mati dalam keazaban padahal mereka mati dalam kenikmatan. Ada yang kita lihat mati dalam kenikmatan dgn segala kelengkapan perubatan dan dikelilingi keluarga sedangkan mereka mati dalam keazaban.

Sifat Ar Rahman Allah akan mengangkat darjat mereka yg tetap teguh tauhid mereka walaupun dizalimi dengan  syurga yg tertinggi yang tiada akan dapat dikecapi kita yang selesa tiada kezaliman walaupun teguh ketauhidan sekalipun.

Jika umat Islam di Negara ini hidup dalam kelalaian, perpecahan, permusuhan, rasuah malah jadi barua pada musuh kerana wang hingga satu masa kafir menguasai Negara ini.

Akibatnya ramai umat Islam dizalimi, dibunuh, para wanita diperkosa , kanak² disembelih dan dihalau dari negara ini. Adakah الله yang zalimi bangsa kita atau kita yang zalimi bangsa kita sendiri, adakah yang zalimi kaum wanita dan anak² kecil atau kita yang zalimi mereka.

Itulah Takdir الله yang ditetapkan, bukan الله yang zalimi hambaNya tapi hambaNya yang zalimi diri, bangsa dan Umatnya sendiri.

"Allah tidak mengubah nasib satu kaum jika mereka tidak mahu mengubahnya".(Ar ra'ad ayat 13)

[Walid Ibrahim Al Malik]

Selasa, 12 Mac 2024

Marhaban Ya Ramadhan

Ramai umat Islam apabila menyebut bulan Ramadhan, fikiran mereka tertumpu pada Masjid dan mengerjakan Umrah. Itulah amal  dalam fikiran mereka.

Sedangkan suasana kini dengan pelbagai krisis melanda dunia, maka ibadah sosial adalah lebih utama.

Krisis saudara kita di Palestin yang pasti berganda hadapi penderitaan perlukan berganda kita memikirkan membantu mereka. Sedang kita berfikir mahu berbuka dengan juadah jenis apa, mereka berfikir adakah makanan untuk mereka berbuka.

Bukan sahaja di Palestin, tetapi disekeliling kita ramai yang perlukan pertolongan, ramai yang kais pagi makan pagi,kais petang makan petang. Yang berniaga perlu tentu untung malah mungkin akan kerugian dan menambah hutang yg ada.

Hidup kini semakin perit ,semakin hari dunia semakin kepanasan, jiwa- jiwa manusia juga kepanasan. Ekonomi semakin tenat, barangan semakin mahal. Cukai semakin meningkat. Penyakit anziety membawa kemurungan semakin menular. 

Kini ramai yang hadapi pelbagai penyakit misteri.Ramai yang mati mengejut dalam usia yg muda.

Sirami kepanasan dan keperitan ini dgn siraman cinta melalui Ibadah Sosial. Rapatkan kasihsayang dan saling prihatin.

Tiadalah ibadah yg amat dicintai ALLAH melainkan memberi kebahgiaan pada mereka yg menderita.

"Apakah makna hujan jika tak hasilkan tanah yg subur, Apakah makna amal jika tak hasilkan hati dan pekerti yg mulia..?"

Marhaban Ya Ramadhan

Walid Ibrahim Al Malik

Khamis, 29 Februari 2024

INSAN KHALIFAH


Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

وَاِ ذْ قَا لَ رَبُّكَ لِلْمَلٰٓئِكَةِ اِنِّيْ جَا عِلٌ فِى الْاَ رْضِ خَلِيْفَةً  

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi"

(QS. Al-Baqarah 2: Ayat 30)

Insan Khalifah miliki tiga nilai iaitu                               

1. Hubungan dengan الله
2. Hubungan sesama insan
3. Hubungan dengan alam.

Insan yang miliki kualiti Khalifah ini perlu dibangunkan terlebih dahulu sebelum Negara menuju Sistem Khalifah.

Insan Khalifah ini yang akan menjadi pendukung utama kepada Khalifah Negara sebagaimana para sahabat dan penduduk Madinah mendukung Pemerintahan Rasulullahﷺ

Insan Khalifah yang miliki Ketauhidan yang murni dan akhlak yang mulia akan membawa Kemajuan  Negara yang sejahtera.

Kemajuan Kebendaan tanpa pembinaan Insan Khalifah akan menghancurkan Insan menjadi haiwan malah lebih hina dari haiwan.

Hidup bercakaran, bermusuhan,saling menjatuhkan, berbunuhan berebut harta, pangkat , kawasan dan mangsa.

Nilai KeTuhanan dan akhlak insan hancur, maka bagaimana mungkin muncul dunia yang indah dan damai?

Kerosakan Negara dan dunia perlu dibaiki melalui pembinaan Insan lantaran adalah "HATI" dunia. Elok insan maka elok dunia, rosak insan maka rosak dunia.

Kerosakan insan dibaiki bermula dari Ketauhidan dan akhlak jiwanya, darinya akan terbangun kesejahteraan  dalam segala aspek dan bidang kemajuan dunia.

Maka Gagasan IMS atau ا م س adalah gagasan utk membina insan Khalifah yang dengannya terbangun keluarga, masyrakat dan akhirnya menuju sistem pemerintahan Khalifah.

Wallahualam.
Walid Ibrahim Al Malik