Sollu ala Nabi
Duhai Saudara ku.ALLAH yang Maha Rahman amat mahu kalangan hambaNya beriman, hidup dalam kebaikan dan mendapat keampunananNya. Justeru itu ALLAH menurunkan para Rasul² untuk membawa manusia kepada Iman, berbuat kebaikan dan meninggalkan kejahatan.
Iman dan Kebaikan, Kafir dan kejahatan adalah pilihan manusia. Ada yang memilih ikuti tipudaya Iblis dan syaitan walaupun dilarang Allah.
Golongan jahat inilah yg melakukan pelbagai kejahatan dan Allah memerintah golongan mukmin bangun melakukan kebaikan dan cegah kejahatan mereka.
Itulah takdir@sistem yg berjalan atas hukum asbab dan musabab ditetapkan Allah. Apabila orang kafir dan jahat kuasai dunia maka banyak berlaku kejahatan dan kezaliman lantaran nafsu iblis dan haiwan dalam diri mereka bermaharajalela.
Golongan yg beriman yang teguh dgn Islam wajib bangun menguasai dunia agar kebaikan dan keadilan ditegakkan dan segala kezaliman dihentikan.
Justeru itu jangan letakkan kesalahan pada Allah apa jua yang berlaku kerana sudah ditetapkan dalam takdirNya. Allah tiada sekali zalimi hambaNya melainkan hamba tersebut zalimi diri mereka atau zalimi manusia sekeliling.
Orang kafir yang jahat melakukan kezaliman namun orang beriman juga bersama lakukan kezaliman jika tak bangun berjuang dan membiarkan kezaliman terus berlaku.
Jika hidup ini tiada perlawanan kebaikan dan kejahatan maka tiada hidup ini dikatakan ujian. Mereka mahu Allah sentiasa campurtangan menghentikan kejahatan golongan yg zalim dan mereka yg beriman hanya mahu diam membisu.
Hakikatnya Allah yang mahu golongan beriman bangun hentikan kejahatan dan kezaliman tersebut dan Allah akann memberi pertolongan jika perjuangan tersebut menempati syaratnya.
Ar Rahman Allah tetap berlaku pada hamba yg dizalimi. Yang zalim akan menerima azab yang pedih diakhirat dan yang dizalimi diangkat ketinggian darjat Syahid. Mata kasar kita melihat mereka mati dalam keazaban padahal mereka mati dalam kenikmatan. Ada yang kita lihat mati dalam kenikmatan dgn segala kelengkapan perubatan dan dikelilingi keluarga sedangkan mereka mati dalam keazaban.Akibatnya ramai umat Islam dizalimi, dibunuh, para wanita diperkosa , kanak² disembelih dan dihalau dari negara ini. Adakah الله yang zalimi bangsa kita atau kita yang zalimi bangsa kita sendiri, adakah yang zalimi kaum wanita dan anak² kecil atau kita yang zalimi mereka.
Itulah Takdir الله yang ditetapkan, bukan الله yang zalimi hambaNya tapi hambaNya yang zalimi diri, bangsa dan Umatnya sendiri.
"Allah tidak mengubah nasib satu kaum jika mereka tidak mahu mengubahnya".(Ar ra'ad ayat 13)
[Walid Ibrahim Al Malik]