Selasa, 12 Mac 2024

Marhaban Ya Ramadhan

Ramai umat Islam apabila menyebut bulan Ramadhan, fikiran mereka tertumpu pada Masjid dan mengerjakan Umrah. Itulah amal  dalam fikiran mereka.

Sedangkan suasana kini dengan pelbagai krisis melanda dunia, maka ibadah sosial adalah lebih utama.

Krisis saudara kita di Palestin yang pasti berganda hadapi penderitaan perlukan berganda kita memikirkan membantu mereka. Sedang kita berfikir mahu berbuka dengan juadah jenis apa, mereka berfikir adakah makanan untuk mereka berbuka.

Bukan sahaja di Palestin, tetapi disekeliling kita ramai yang perlukan pertolongan, ramai yang kais pagi makan pagi,kais petang makan petang. Yang berniaga perlu tentu untung malah mungkin akan kerugian dan menambah hutang yg ada.

Hidup kini semakin perit ,semakin hari dunia semakin kepanasan, jiwa- jiwa manusia juga kepanasan. Ekonomi semakin tenat, barangan semakin mahal. Cukai semakin meningkat. Penyakit anziety membawa kemurungan semakin menular. 

Kini ramai yang hadapi pelbagai penyakit misteri.Ramai yang mati mengejut dalam usia yg muda.

Sirami kepanasan dan keperitan ini dgn siraman cinta melalui Ibadah Sosial. Rapatkan kasihsayang dan saling prihatin.

Tiadalah ibadah yg amat dicintai ALLAH melainkan memberi kebahgiaan pada mereka yg menderita.

"Apakah makna hujan jika tak hasilkan tanah yg subur, Apakah makna amal jika tak hasilkan hati dan pekerti yg mulia..?"

Marhaban Ya Ramadhan

Walid Ibrahim Al Malik