Khamis, 15 April 2010

Tuhan dan Dunia


Diari perjalanan hidup ini ada suka, duka, sedih atau gembira.

Kesusahan dihati janganlah kita turutkan sangat kerana ia akan menjadi penyakit jiwa. Dari susah hati pergi kepada sedih, dari sedih kepada derita dan sengsara, dari kecewa kepada berputus asa. Diwaktu itu kaya, pandai, jawatan tinggi, nama, glamour, berkuasa sudah tiada guna dan tiada membawa apa-apa erti. Orang yang seperti ini kalau ada serba sekali pun, gelap dunianya. Setengah mereka ada yang membunuh diri kerana kecewa dan putus asa. Mengapa dia kecewa sehingga putus asa? walhal segala keistimewaan telah dimilikinya?


Ketahuilah memiliki keistimewaan dunia bukanlah segala-galanya sekalipun tidak salah mempunyainya. Kebahagiaannya bersifat sementara atau menipu daya malah berakhir dengan kekecewaan bila tidak sampai ke penghujungnya.

Kebahagiaan bersama Tuhan adalah bersifat hakiki, sejati dan kekal abadi. Allah adalah segala-galanya. Jika keistimewaan dunia tidak dapat apa-apa pun tidak mengapa. Tetapi jikalau kehilangan Tuhan segala-galanya tidak membawa apa-apa erti. Namun jika kita dapat kedua-duanya yakni Allah dan dunia maka ia akan menambahkan bahagia. Bahagia dengan Tuhan tidak cukup yakin dan percaya sahaja, bahagia dengan Tuhan adalah “kenalilah Dia” kemudian terus takut dan cinta. Kemudian yakin pula dengan peranan Tuhan, apa-apa yang dilakukan-Nya kepada kita adalah tidak sia-sia.

Apa yang Tuhan lakukan kepada kita samada lahirnya nampak negatif atau positif ada hikmah dan pengajarannya. Maha Suci Allah dari menganiaya. Kalau pandai menerimanya di situ ada kebahagiaan. Jika faham apa maksud Tuhan yang melakukannya kepada kita, kita redha dan jiwa akan tenang.......