Rabu, 2 Jun 2010

Selamat Palestin

Salam semua, terasa kaki ini ingin melangkah ke bumi Palestine untuk berjuang, membantu dan membela saudara seIslam yang dikekang dengan pelbagai penderitaan dan ujian. Ditambah lagi dengan serangan Israel ke atas kapal bantuan kemanusiaan di mana mereka ini terdiri daripada para aktivis kemanusiaan. Kejam, zalim dan tiada hati perut boleh dihambur dan dikata buat tentera Yahudi dan Pemimpin mereka. Itu sahaja yang dapat kita luahkan terhadap mereka. Adakah ini akan memberi kesan kepada mereka? Tentu sekali tidak kerana dunia ini mereka yang punya dan bebas untuk melakukan apa sahaja. Semua virus-virus telah dihantar ke seluruh dunia terutama dunia Islam sehingga dunia Islam terus lena dibuai mimpi-mimpi yang begitu indah kecuali hati-hati mereka yang cintakan Allah, Rasul, saudara seIslam dan Islam.

Sedih, malu, pilu dan terkilan dengan keadaan pemimpin-pemimpin dunia Islam hari kerana mereka membisu, senyap, diam bila mendengar dan melihat Yahudi membunuh dan menyerang mereka yang menyertai konvo bantuan kemanusiaan ke bumi Palestin. Yahudi tidak suka akan bantuan ini sampai ke tangan penduduk Gaza. Mereka lebih suka penduduk Gaza terus menerus kebuluran, derita, dan mati. Inilah sifat mereka. Adakah kita masih perlu berpeluk tubuh?Firman Allah swt yang bermaksud;
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu”. Al Baqarah(120)
Wahai Pemimpin dunia Islam terutama mereka bersama dalam OIC (pertubuhan Negara-negara Islam). Ada 57 negara dibawah naungan OIC - jika dihantar seramai 20,000 x 57 =1,114,000 bersama kelengkapan perang (Jet pejuang, kereta Kebal, kapal perang, helikopter, roket,dll), apa akan berlaku kepada negara Yahudi? Anda semua bayangkan kekuatan OIC. Jangan hanya mengutuk dengan kata-kata atau kertas! Take action! Kerahkanlah segera bala tentera anda semua dari semua negara Islam. Hantarkanlah bantuan ketenteraan ke Gaza atau perairan untuk menyekat kezaliman tentera yahudi dan menjaga keselamatan kapal konvo bantuan kemanusiaan. Jangan takut dan gentar. Allah bersama kita. Ini adalah tanggungjawab anda hai pemimpin Islam! Jika anda tidak berani menghantar tentera negara anda sendiri, bukalah pintu sukarelawan untuk pergi berjihad membantu saudara seIslam di Palestin. Buka pintu untuk kami sebab pergi tanpa izin kerajaan akan menyebabkan anda menuduh kami sebagai pengganas!

Firman Allah swt yang bermaksud:
“Hai orang-orang yang beriman, apakah sebabnya bila dikatakan kepadamu: "Berangkatlah (untuk berperang) pada jalan Allah" kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) diakhirat hanyalah sedikit”. (At Taubah:38)
Lupakan kita akan janji Allah swt di dalam kitab akan kemuliaan mereka berjihad?
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar”. (At Taubah:111)

Allah itu Maha Adil dan Maha Berkuasa. Allah akan melihat kesungguhan kita untuk berjuang....Jika tiada perasaan apa-apa melihat keadaan disekeliling kita maka tunggulah saat di mana negara Islam yang aman damai akan diberi bala oleh Allah swt dengan peperangan dan kemusnahan.

Adakah anda masih mahu tidur lagi?

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim. (Al Maa'idah:51)
Ya Allah, jika masih tiada lagi pemimpin Islam yang berani untuk menyatakan kebenaran dan mengambil tindakan ketenteraan ke atas musuh Islam dan musuh-Mu, maka kurniakan kami seorang pemimpin yang agung lagi berani seperti mana yang telah Kau janjikan melalui lisan Nabi-Mu saw……al-Mahdi……amin