Rabu, 16 Jun 2010

Sumber Rezeki - 1 Penilaian

Halal dan haram adalah lambang pengawalan Allah swt terhadap hamba-hambaNya. Allah mengawal hamba-hambaNya agar tidak rosak dan binasa dengan perlaksanaan syariat di dalam seluruh aspek kehidupan. Makan,minum,tidur,bersyahwat dan bekerja adalah di dalam peraturan Allah swt. Bila berada dalam peraturan maka kehidupan manusia terus menerus dalam rahmat dan ketenangan yang hakiki.

Ketahuilah bahawa makan dan minum kita akan melibatkan darah daging kita. Apa yang kita makan dan minum hari ini akan menyebabkan darah dan daging kita akan menurut apa yang kita makan dan minum. Sumber pendapatan kita itulah yang akan menjadi sumber makan minum kita. Makan minum ini jugalah yang akan menjadi tenaga untuk jasad dan ruh kita. Jika makanan dan minuman itu bersumberkan yang halal maka tenaga yang dimasukkan ke dalam jasad kita adalah bersih dan bercahaya putih dan jika sebaliknya maka kotor, hitam dan gelaplah hati kita untuk menerima cahaya Allah swt iaitu hidayah. Untuk mengamalkan ajaran Allah swt amatlah sukar jika hati sudah kotor, hitam dan gelap.

Sumber pendapatan kita hari ini adalah bersistemkan system tidak Islamic. Soal haram dan syubhah tidak dikira dalam system kewangan kita hari ini. Sampai bilakah diri kita akan terus menerus dalam kegelapan ini?

Firman Allah swt yang bermaksud;
Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu[176] (sebelum datang larangan); dan urusannya (terserah) kepada Allah. Orang yang kembali (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya.( Al Baqarah:275)
Cuba perhatikan duit kita diberikan melalui kaedah mana? Sudah pasti kita akan mengatakan melalui bank (majority). Hari ini kita semua buka mata dan buka minda, kenapa Allah mengharamkan riba, judi, arak, pelacuran,babi dan sebagainya? Perbuatan maksiat di atas adalah kerana factor kewangan. Apabila memperolehi duit yang banyak dan hidup lebih mewah. Duit mereka yang beribu dan berjuta-juta itu akan disimpan di mana? Dalam rumah atau bank? Begitu juga dengan syarikat-syarikat yang mengutip bayaran perkhidmatan mereka, contohnya bil elektrik, bil air, bil telefon dan sebagainya. Ke mana duit itu disimpan dan bagaimana mereka membelanjakan duit tersebut. Islam telah mengharamkan duit-duit berkenaan! Kita sebagai pekerja pasti akan termakan duit campuran tersebut. Adakah kita boleh mengelak? Pasti tidak selagi top management atau pemerintah tidak mengunakan kaedah Islam dalam mengendalikan dan membelanjakan duit kutipan daripada syarikat-syarikat yang menjalankan perkhidmatan yang haram di sisi agama Islam. Begitu juga pinjaman bank dan kad kredit hari ini, adakah ini semua bersih dari riba? Istilah kadar faedah itulah sebenarnya riba….Kita juga melihat kerajaan dan syarikat yang berkaitan dengan kerajaan, di mana mereka laburkan duit? adakah kita tahu ke mana duit rakyat dilaburkan? sebagai contoh duit SOCSO. Sila ke www.carlsbergmalaysia.com.my/web/investor/pdf/ar/2009/ar09_120-121.pdf untuk mengetahui saham siapa berada di dalam syarikat arak ini.

Firman Allah swt yang bermaksud;
Mereka bertanya kepadamu tentang khamar (minuman yang memabukkan) dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya." Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: " Yang lebih dari keperluan." Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir.(Al Baqarah:219)
Justeru itu, pemerintah atau ‘top management’ wajib berfikiran agama untuk mengasingkan perbelanjaan dari sumber yang halal dan haram. Ini memerlukan mereka yang faham Islam dan syariat Islam dalam pengasingan akaun ini. Tidak kesiankah terhadap diri kita sendiri, anak isteri kita,rakan-rakan kita dan masyarakat kita kerana mengisi perut dari sumber yang haram dan syubhah? Darah daging kita ini akan ditumbuhi dengan perkara yang haram dan syubhah….jangan hairan dan terkejut dengan penyakit-penyakit social dan keruntuhan akhlak melanda kita hari ini. Tenaga yang baik akan menghasilkan gelombang yang baik.

Kita yang faham akan perjalanan sumber rezeki kita ini perlu berfikir dan bertindak untuk menyedarkan pemerintah atau top management agar berfikiran agama, jiwa berTuhan dan memastikan masyarakat Islam mendapat duit yang tiada percampuran haram dan syubhah. Pemerintah juga janganlah kerana pendapatan Negara begitu lumayan kerana hasil judi dan arak maka perkara ini dihalalkan dan diluluskan seolah-olah nampak Pemimpin Negara tiada lansung keyakinan kepada Allah yang Maha Memberi Rezeki dan Kerahmatan ke atas penduduk Negara Malaysia ini. Ketidakyakinan ini menyebabkan pemimpin dan masyarakat terus menerus dalam kemurkaan Allah swt. Ingat! Keluar masuk nafas kita ini pun dalam takdir Allah apatah lagi rezeki. Semuanya dariNya!. Di sini kita bukan menyekat dan menutup terus pintu kebebasan kepada non-muslim. Sekiranya kerajaan ingin juga membenarkan syarikat Judi dan Arak ini wujud, pastikan akaun bank dan simpanan berbeza dengan akaun yang membelanjakan gaji kakitangan. wahai pemimpin kami, fahamilah betul-betul akan maksud yang hendak disampaikan. Jika sekiranya pemimpin enggan dan takut juga untuk membuat perubahan dan tindakan, maka kita WAJIB bertindak dengan menukar pemerintah atau pemimpin masyarakat.

Sayangilah diri kita dan keluarga kita dari disentuh api neraka….
“Dan disebabkan mereka memakan riba, padahal sesungguhnya mereka telah dilarang daripadanya, dan karena mereka memakan harta benda orang dengan jalan yang batil. Kami telah menyediakan untuk orang-orang yang kafir di antara mereka itu siksa yang pedih”.( An Nisaa':161)

“Ya Allah! Lemahnya daku, ampunkanlah diriku yang telah terjebak dengan dosa-dosa ini, dan berikanlah kesedaran kepada mereka yang lain agar membuat tindakan supaya system kewangan Islam dapat ditegakkan. Bersihkanlah hati-hati kami agar mudah hati kami makrifat dengan Mu. Amin…”