Selasa, 12 Januari 2010

Nur


Segala puji hanyalah milik Allah swt, Pencipta dan Pemerintah kerajaan di langit dan dibumi. Selawat dan salam sejahtera buat junjungan Nabi Saw dan ahli keluarga baginda.

Wahai hamba-hamba,
Pernah tak diri kita berfikir kenapa hati kita payah hendak membuat kebaikan, amal soleh, hati yang takut dengan Allah, hati yang sentiasa menangis dengan Allah? Camlah bahawa hati kita sudah diliputi titik hitam yang begitu banyak, hati kita telah hitam legam. Kerana apa terjadi sedemikian rupa? Kerana kita telah melakukan maksiat dan dosa. Sebab itulah kita payah nak buat kebaikan dan meninggalkan kemungkaran.
Ubat pencucinya apa? tidak lain dan tidak bukan...terus istigfar memohon ampun daripada Allah. Setiap istighfar kita akan membersih jiwa kita yang hitam dan gelap itu dan setiap amal soleh kita mesti diniatkn untuk membersihkan jiwa... selain itu apakah lagi punca lain yang menyebabkan hati kita payah nak beramal dengan amal-amal Islam?

Guru saya pernah berpesan...jaga makan minum kamu dan sumber rezeki kamu daripada yang haram dan halal. Makanan atau pakaian yang haram sudah pasti comfirm mengelapkan hati menghijabkan doa. Bagaimana dengan yang makanan dan pakaian yang sudah halal? Adakah akan mengelapkan juga? Ya, bila mana sumber makanan, pakaian, harta dan sebagainya yang halal tetapi pemberi atau pembuatnya tidak menjaga syariat Allah contohnya meninggalkan solat atau tidak menutup aurat. Pesanan guru kepada saya ialah jangan makan di restoran atau kedai yang tukang masaknya tidak menutup aurat atau tidak solat atau lelaki yang memakai gelam dan sebagainya. Sebab sumber yang halal itu tidak berkat.

Wahai hamba-hamba,
Setiap amal baik kita akan menghasilkan gelombang putih (nur putih) dan amal jahat kita akan melahirkan nur zulmat (nur gelap dan kotor). Di akhirat nanti, nur-nur inilah yang akan membentuk diri kita...jika sempurna, sempurnalah kita, jika cacat maka cacatlah kita. Sebab itu, orang yang buta di dunia tidak mestinya akan buta di akhirat manakala orang celik di dunia tidak semestinya celik di akhirat begitu juga dengan anggota-anggota lain. Bagi kita yang mengambil jalan menuju Allah, mestilah menjaga sumber-sumber tadi. Tukang masak dan yang memberi apa jua bentuk barang yang tidak menjaga syariat Allah akan melahirkan gelombang hitam (nur zulmat) walapun barang itu halal. Ini akan menyebabkan diri kita yang mengambil atau menerima tadi akan diliputi dengan gelombang hitam tadi.. maka bila hati akan bersih kalau kita tidak menjaga perkara yang halus ini? Kerana hati tidak bersihlah, jiwa kita susah dan payah hendak beramal dengan ilmu-ilmu agama yang ada dalam dada kita. Jika kita tidak mengamalkan ilmu agama yang ada dalam dada kita, ilmu tadi akan menyumpah diri kita dan di akhirat kelak ilmu ini akan mendakwa diri kita. Sebab itu, saya takut sebenarnya....takut tidak beramal dengan ilmu....

Wahai hamba-hamba,
Bukan setakat itu sahaja, amal kita yang menghasilkan gelombang hitam tadi bukan setakat menghijab diri kita dengan Allah, malah seluruh ahli keluarga juga terhijab yakni tidak terbuka matahati dengan Allah. Tidak kasihankah diri kita melihat mak, abang dan kakak kita siang dan malam beramal untuk terbuka matahati dengan Allah dihijab oleh Allah di atas kesalahan dan kelalaian kita?

Wahai hamba-hamba,
Mohonlah dari kekuatan Allah untuk mengamalkan agama dalam kehidupan, dengan Allah sahajalah kita bergantung...renunglah serta bertafakkurlah firman Allah yang bermaksud:
“maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan dan ketaqwaan, sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan rugilah orang yang mengotorinya.” (surah al-Syams:8-9)

Ikutlah mereka yang telah berjalan menuju Allah (salik). Mereka sudah nampak perjalanan manusia iaitu setiap manusia akan kembali mengadap Allah swt.. Oleh itu, sebelum mereka dipanggil mengadap oleh Allah buat selama-lamanya maka mereka kembalikan dulu diri mereka mengadap Allah dengan mengamalkan ajaran Islam. Sebelum mereka mati, mereka matikan diri mereka dahulu dengan banyak bermujahadah dengan kehidupan dunia ini.
Ya Allah ya Tuhanku, Kau ampunkanlah diri ini yang jahil lagi bodoh ini.