Ketenangan dan penumpuan adalah amat penting dalam apa jua ilmu dan gerakkerja. Pelbagai kaedah yang diihamkan oleh manusia untuk mendapatkan ketenangan dan penumpuan. Mereka mencarinya dengan mengamalkan tenaga dalam, kuasa minda dan sebagainya. Mereka melakukan dengan langkah pertama iaitu ketenangan. Ada mereka yang menarik nafas dengan teknik tertentu untuk mendatangkan ketenangan, kemudian mengosongkan fikiran untuk menghasilkan konsentrasi (penumpuan).
Apabila seseorang penuntut berjaya dalam latihan ketenangan dan penumpuan, barulah ia diajar tenik-teknik dalam mengolahkan tenaga dalam tersebut. Tanpa keduanya, seseorang itu tidak dapat melakukan apa jua teknik ilmu yang diajar kerana tidak memiliki kekuatan tenaga. Dalam latihan ini, bagi mereka yang beragama Islam, disuruh berzikir (zikir adalah merupakan tambahan sahaja, bukannya asas yang penting dalam pembinaan tenaga dalam).
Bagi pengamal pembinaan tenaga kerohanian, zikir adalah sebagai asas dan permulaan yang penting untuk menghasilkan kesan yang hebat kepada pengamalan yang lain. Zikir adalah latihan ketenangan dan penumpuan yang paling hebat. Ia adalah kaedah yang datang dari Allah SWT sebagaimana firmanNya : “Sesungguhnya orang-orang yang beriman kepada Allah merasa tenang apabila mengingati Allah. Sesungguhnya mengingati Allah itu memberi ketenangan pada hati.”
Melatih diri dengan penumpuan dalam ibadah solat, membaca Al-Quran dan sebagainya bagi orang yang dalam tahap permulaan adalah amat sukar kerana solat terdapat gerak geri yang perlu diperhatikan di samping memahami ayat-ayat yang dibaca. Begitu juga membaca Al-Quran juga perlu pada memahami ayat-ayat, melihat wakaf, memperbetulkan tajwid, memerhatikan huruf dan baris.
ZikruLlah tidak perlu kepada pergerakkan dan bacaan-bacaan yang panjang. Dalam latihan untuk mendapat penumpuan mengingati Allah, wirid yang ringkas seperti “La Ila Hailallah” dan nama-nama dari Asma Al-Husna adalah diutamakan.
Mereka yang tidak dapat memberi tumpuan kepada nama-nama Allah yang disebut dan merasai kemanisannya ketika berzikir, janganlah diharap mereka dapat memberi tumpuan dan merasai kelazatan dalam mengamalkan solat walaupun ilmu bergelar ulama kerana khusyu’ itu dihati, bukannya pada pemikiran. Ini disebabkan hati itu penuh dengan kecintaan yang lain dari Allah SWT. Inilah yang dikatakan oleh Saidina Omar Al-Khattab : “Hati kamu itu satu. Jika datang makhluk hilanglah Tuhan, jika datang Tuhan hilanglah makhluk”. Firman Allah SWT: “Jika telah datang kebenaran maka akan hilanglah segala kebatilan”. Hati yang penuh mazmumah (tenaga hitam) juga tidak dapat mengecapi kemanisan Al-Quran. Firman Allah SWT: “Tidaklah boleh menyentuh Al-Quran melainkan mereka yang suci”. Hati yang tidak merasa gementar dengan nama Allah SWT adalah hati yang lemah tenaga kerohaniannya sebagaimana firman Allah SWT : “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu apabila disebut nama Allah, gementarlah hati mereka kerana takutkan Allah” dan hakikat ilmu itu ialah ilmu yang dicampakkan ke dalam hati sehingga ia takut kepada Allah SWT. Mereka yang takut pada Allah adalah orang yang memperolehi ilmu. Hatinya lebih tenang bersama dengan Tuhannya dari manusia dan dunia.
Latihan ketenangan dan penumpuan menggunakan tenaga zikir adalah memberi penumpuan kepada pusat tenaga untuk menghancurkan tenaga hitam dan menghasilkan tenaga putih. Apabila tenaga putih berjaya menguasai pusat tenaga, mereka akan merasai lazat dan tenang apabila mengingati Allah SWT. Mereka yang mencapai tahap ini, akan merasai kelazatan apabila ia mendirikan solat, membaca Al-Quran dan sebagainya. RUH kembali berperanan di dunia ini iaitu merasa mesra dan lazat dengan nama-nama Allah. Itulah kelakuannya di alam RUH. Apabila ia kembali kepada peranannya, dengan sendiri kehebatan tenaga kerohanian yang dikurniakan Tuhan kepadanya sebagai khalifah Allah akan berfungsi kembali.
Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Kuat dan Maha Hebat, berikanlah daku kekuatan untuk melaksanakan "latihan amal" yang telah Kau tunjukkan kepada hamba-hamba PILIHAN-MU, Semoga diriku dapat beramal seperti mereka yang telah sampai ke hadrat-Mu dengan penuh kecintaan dan kerinduan...Amin...
Wallahu'lam