Rabu, 3 Februari 2010

Wanita itu...


Wanita, Akal setipis rambutnya.
Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi Tanpa wanita.
Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya.
Apa lagi yang tidak ada ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa.

Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri.
Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yang tidak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka.
Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.
Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Nya. Didiklah mereka dengan panduan dari Nya.
Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar.
Jangan cuba hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita.
Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah.
Kenalkan mereka Kepada zat Allah. Zat yang kekal, di situlah suisnya.
Akal setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu. Hati separuh kaca, kuatkan dengan iman.
Perasaan selembut sutera, hiaslah dengan akhlak. Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan.
Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak jadi Ratu Cantik Dunia, Presiden ataupun Perdana Menteri Negara atau Women Gladiator.
Bisikkan Ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya di situlah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang Lembut itulah yangmengandungkan lelaki-lelaki waja ? Negarawan, Karyawan, Jutawan dan? Wan-Wan? Dan lain-lain. Tidak akan lahir Superman tanpa Superwoman.
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan.
Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan. Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh perempuan daripada perempuan yang dirosakkan oleh lelaki.
Sebodoh-bodoh perempuan pun boleh menundukkan sepandai-pandai lelaki. Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apa lagi mengenal lelaki.
Kini bukan sahaja ramai bos telah kehilangan secretary, bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri.
Bila wanita derhaka, dunia lelaki akan huru-hara.
Bila tulang rusuk patah, rosaklah jantung, hati dan limpa.
Para lelaki Pula jangan harap mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan.
Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah, pimpinlah diri sendiri dahulu kepada Nya.
Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinan kita.
Jangan mengharap isteri seperti Siti Fatimah, kalau peribadi belum lagi seperti Saiyidina Ali? Fikirkan......
~~~~~~~~~~~~~~~~~~Kenal DIRI ---->kenal ALLAH

“Ya Allah, Ku perlukan seni dan ilmu-Mu untuk mendidik isteriku.....kuatkan kesabaran dan ketabahanku dalam menjaga amanah-Mu ini. Jadikanlah daku manusia yang bersyukur...”