Isnin, 12 Oktober 2009

Keruntuhan Akhlak

Segala puji hanyalah milik Allah swt yang menjadikan makhluk untuk memuji diri-Nya sendiri. Tiada yang layak dipuji melainkan diri-Nya sendiri. Selawat dan salam sejahtera buat KekasihNya, Nabi Muhammad saw yang terawal dan yang tiada penghujungnya.
Tiap-tiap hari ketika mendengar dan membaca pelbagai kes keruntuhan akhlak para remaja kita di surat khabar dan berita.
Pembunuhan, rompakan, pencabulan, menenangkan diri dengan dadah dan menikmati seks bebas dan rambang. Yang tua, yang muda dan semua peringkat umur terlibat dengan gejala negatif yang tidak tahu bila akan ada penghujungnya. Kes yang paling terdekat adalah remaja yang didakwa diperkosa lalu melepaskan tekanan dan kekecewaannya dengan mengamalkan seks bebas sehingga tertangkapnya dia. Ini berita yang disiarkan namun diluar sana beribu-ribu kes lagi berlaku hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahuinya.
Sedih dan terkejut memandangkan soal keruntuhan akhlak masyarakat islam hari ini khususnya di bumi Malaysia yang pemimpin-pemimpinnya beragama Islam. Tiada sensitiviti dan perasaan bersalah terhadap apa yang telah berlaku di sekeliling. Yang masyarakat dan pemimpin berfikir hari ini bagaimana hendak memenuhi kehendak nafsu haiwan yang ada dalam diri. Bagaimana hendak memiliki pangkat, kekayaan, harta, wanita cantik, rumah yang mewah dan sebagainya.


Pemimpin hari ini bertelagah berkenaan kedudukan politik masing-masing tanpa menghiraukan masyarakat yang dalam kesusahan dan dalam keruntuhan moral yang akan membawa kepada bala Tuhan sebagaimana di Indonesia yang kita sudah maklum. Jika perkara ini tidak dibendung dari sekarang maka tiada jaminan untuk diri kita semua untuk berada dibumi Malaysia ini dengan lebih lama termasuk anak cucu kita.


Tiadanya keimanan adalah punca yang menyebabkan keruntuhan akhlak dalam masyarakat kita hari ini. Punca tiada keimanan atau longgarnya keimanan adalah berpunca longgar dan dhaifnya sistem pentarbiyahan dan pendidikan dalam negara kita. Kebanyakan masyarakat lebih mengutamakan sistem pendidikan untuk mendapat sijil bagi menjamin pekerjaan yang baik di masa hadapan tanpa memikirkan moral atau akhlak yang akan menjamin masyarakat berada dalam keadaan harmoni,tenang tenteram di dunia dan akhirat.


Wahai diriku,masyarakat dan pemimpin-pemimpin masyarakat, sedarlah dan bangunlah dari mimpi-mimpi yang indah. Kita tiada masa lagi untuk hidup seperti buih-buih di lautan yang tiada nilai dan harga. Kita dijadikan oleh Allah swt mempunyai tujuan dan maksud yang lebih tinggi dan agung. Sembahlah Allah dan turutilah Rasul. Hidupkan hati kita dengan kehambaan yang menyeluruh dengan Allah dan melaksanakan tugas-tugas Nabi yakni menyeru manusia disekeliling kita kepada keimanan kepada ALlah swt. Serulah kalimah "Laaila hailla Llah-tiada yang disembah, diagungkan, dimaksudkan dan dicintai melainkan ALlah" ke dalam hati kita dan seterusnya kepada orang sekeliling kita agar cahaya ini terus menerus berjalan sehingga orang yang jahat akan menjadi orang yang baik dan orang yang sudah baik bertambah baik dan bertambah baik. Mereka yang menderhakai Tuhan adalah kerana lantaran kejahilan hatinya dengan Tuhan yang amat dekat.Inilah yang dikatakan keimanan. Hidupkan hati mereka dengan Tuhan....inyaAllah keruntuhan akhlak akan bertukar menjadi peningkatan berakhlak.


Ulama dan pemerintah wajib bergading bahu agar silibus pendidikan yang benar,betul dan aula (lebih keutamaan iaitu keimanan) menjadi agenda yang paling utama dalam menbaiki dan mendidik mereka sejak di bangku sekolah lagi. Pendidikan ini bermula dari rumah oleh ibu bapa, di sekolah oleh guru-guru dan dimedia massa oleh para pemerintah.