Dirimu dengan Diri-Nya tidak pernah bercerai walaupun satu saat. Setiap degupan jantungmu, setiap hembusan nafasmu, setiap pandanganmu, setiap pendengaranmu, setiap gerak hatimu, setiap ilmumu adalah dibawah takluk diri-Nya. Dia Tuhan yang mencipta kamu, Dia adalah Rabb yang sentiasa memelihara, Dia tidak mengantuk atau tidur, Dia sentiasa mengawasi dan memerhati hamba-Nya. Tidak bergerak dirimu melainkan dari gerak-Nya, tiada melihat kamu melainkan dari melihat-Nya, tiada mendengar kamu melainkan dari pendengaran-Nya, tiada berilmu kamu melainkan dari ilmu-Nya.
Firman-Nya :
“Dan Dia bersama kamu di mana kamu berada.” (Al-Hadid : 4)
Dirimu dengan Tuhanmu tidak pernah berpisah tetapi sifat dirimu tidak bersatu dengan Tuhanmu. Engkau hanya menyatakan wujud dan sifat-Nya tetapi bukannya diri-Nya sebagaimana berlakunya salah faham dikalangan pencari dan pencinta diri-Nya.
Firman-Nya yang bermaksud:
“Aku yang menjadikan kamu dan segala perbuatan kamu”.
(As-Shafaat : 96)
Tiada boleh kita melihat, mendengar, bercakap, berilmu, berkuasa, berkehendak, hidup melainkan dengan diri-Nya. Insan memerlukan 9 sifat iftiqar diri-Nya untuk hidup di alam ini iaitu Kudrat, Iradat, Ilmu, Hayat, Qadirun, Maridun, ‘Alimun, Hayyun, Wahdaniah. Segala sifat yang ada pada kita adalah baharu kerana sifat qadim tidak layak berada di tempat yang baharu iaitu alam ini, namun segala sifat dan kehidupan kita ini berada dibawah takluk kudrat, iradah dan ilmu-Nya. Ia takluk dalam sifat wahdaniah iaitu Tuhan yang satu.
Hakikat diri mu kosong (fakir), segala gerak dan fungsi jasadmu adalah dari gerak dan sifat ruh, dan segala gerak dan sifat pada ruhmu adalah dari Tuhanmu. Begitulah Dia amat hampir dengan hamba-Nya yang Dia sentiasa bersama dalam segala kelakuan hamba-Nya.
Firman-Nya :
“Dan Dia bersama kamu di mana kamu berada.” (Al-Hadid : 4)
Dirimu dengan Tuhanmu tidak pernah berpisah tetapi sifat dirimu tidak bersatu dengan Tuhanmu. Engkau hanya menyatakan wujud dan sifat-Nya tetapi bukannya diri-Nya sebagaimana berlakunya salah faham dikalangan pencari dan pencinta diri-Nya.
Mereka tidak faham terdapatnya mufaraqah (garis pemisah) yang amat halus di antara sifatmu dengan sifat Tuhan. (Bandingannya) bagaikan air laut dengan air sungai yang bertemu di muara, ia bersatu pada penglihatan tetapi berpisah pada hakikat.Dalam kitab Kasyaful Asrar diterangkan dengan kiasan asap dengan api. Apabila kita melihat asap di udara, dengan sendirinya kita mengatakan bahawa adanya api. Ini disebabkan asap dengan api tidaklah berpisah tetapi kedua unsur ini tidak bersatu. Asap tetap asap, api tetap api. Begitu juga cahaya dengan lampu, cahaya keluar dari lampu tetapi lampu bukannya cahaya dan cahaya bukannya lampu. Bersatu bukannya bermakna dirimu asal Tuhanmu, kamu adalah baharu dan Dia qadim. Ruh dan segala sifat yang dimiliki adalah baharu, ia dicipta oleh-Nya namun dirimu tidak berpisah dari segala apa yang kamu miliki, atau perbuatan kamu melainkan dari izin-Nya.