Rabu, 31 Mac 2010

Anak Luar Nikah


Kelahiran anak diluar pernikahan seramai 17,303 menurut Jabatan Pendaftaran Negara adalah angka yang amat-amat membimbangkan kita pada hari ini. Ini adalah angka yang berdaftar tetapi bagaimana dengan angka yang tidak berdaftar? Bagaimana angka yang mana bayi digugur ketika di dalam janin atau ditanam atau dibuang di mana-mana tempat yang tiada siapa pun mengetahuinya….Yang Maha Mengetahui akan semua rahsia kemaksiatan ini adalah Allah swt. Salah siapakah? Apakah punca?Apakah tindakan?


Di dada akbar dan berita, tidak terlepas sedikit pun isu buang bayi dan anak luar nikah. Adakah kita hanya merasai kesedihan sahaja? Atau termenung sejenak? Atau lantaklah! Atau itu salah! Ini salah! Yang pasti semua kita di bumi Malaysia ini adalah bersalah dan bertanggungjawab atas isu ini. Sedar atau tidak?

Baru-baru ini dalam rancangan “soal jawab TV3” ada berbahas tentang kes buang bayi, dera dan anak luar nikah. Ahli panel adalah dari Kementerian Pembangunan Wanita. Isi perbincangan banyak menumpukan kepada tindakan selepas kejadian berlaku. Bila berlaku apa yang akan dilakukan. Tidak ada sedikit pun dibincangkan langkah pencegahan. Tidak sedikit pun berbincang bagaimana hendak menutup punca berlakunya kes-kes sebegitu.

Wahai manusia yang bergelar manusia tetapi hakikatnya bernafsukan haiwan, kita semua sudah maklum bahawa hidup kita ini adalah bersifat kebinatangan. Sifat diri kita adanya hawa nafsu makan,minum,tidur,bersyahwat (seks), dan lain-lain. Apa yang kita lakukan hari ini sama seperti binatang di luar sana TETAPI yang membezakan hanyalah PENGAMALAN SYARIAT ALLAH SWT. Syariat Islam sudah menyatakan: “hendak makan dan minum hanya yang halal, melakukan hubungan kelamin dengan pasangan yang halal (sudah bernikah), bekerja dengan tempat-tempat yang halal”.

Firman Allah swt yang bermaksud:
Pada hari ini dihalalkan bagimu yang baik-baik. Makanan (sembelihan) orang-orang yang diberi Al Kitab itu halal bagimu, dan makanan kamu halal (pula) bagi mereka. (Dan dihalalkan mangawini) wanita yang menjaga kehormatan[402] diantara wanita-wanita yang beriman dan wanita-wanita yang menjaga kehormatan di antara orang-orang yang diberi Al Kitab sebelum kamu, bila kamu telah membayar mas kawin mereka dengan maksud menikahinya, tidak dengan maksud berzina dan tidak (pula) menjadikannya gundik-gundik. Barangsiapa yang kafir sesudah beriman (tidak menerima hukum-hukum Islam) maka hapuslah amalannya dan ia di hari kiamat termasuk orang-orang merugi. (Al Maa'idah:5)
Syariat Allah ini adalah untuk mengengkang atau menghad atau membataskan sifat kebinatangan kita agar tidak lebih hadnya dan terpelihara sebagaimana sifat binatang di luar sana.

Punca pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan ialah ketiadaan IMAN. Malu adalah sebahagian daripada iman. Punca tiada sifat malu adalah kerana SISTEM PENDIDIKAN DALAM NEGARA MALAYSIA hari ini telah meruntuhkan sifat malu dengan cara "PERCAMPURAN" SEKOLAH LELAKI DAN PEREMPUAN. Ini adalah system barat yang (musuh-musuh) Islam menghancurkan budaya malu di kalangan umat islam. Negara kita guna dan pakai method mereka. Walhal method mereka ini ada agenda disebaliknya. “The hidden hand”.

Sebenarnya sifat malu yang ada pada diri wanita adalah tinggi. Inilah kurniaan Allah terhadap wanita. Namun wanita hari ini sudah hilang sifat malu kerana suasana dan budaya yang diimport dari luar sana. KEBEBASAN!KESAMARATAAN! SEPERTI KAUM LELAKI.

Bila sifat malu sudah hilang apakah yang akan terjadi? Pasti berchating,berdating (berdua-duaan), minum sekali, berborak, dan last sekali “KEMALUAN” diberi sentuh oleh sama-sama mereka. Akhirnya, mengikut sunnatuLlah (peraturan Allah) lahirlah seorang manusia yang tidak mengikut cara halal (perkahwinan).

Firman Allah swt yang bermaksud:
Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk”. (surah al-Israa’:32)
Hadis Nabi SAW yang bermaksud:
Dari Abu Hurairah, bahwasanya Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah berzina seorang yang berzina ketika ia berzina dalam keadaan beriman. Dan tidaklah meminum khamr ketika ia meminumnya dalam keadaan beriman. Dan tidaklah mencuri ketika ia mencuri dalam keadaan beriman. Dan tidaklah pula orang yang merampok harta yang orang-orang melihatnya, ia dalam keadaan beriman. [HR. Bukhari juz 8, hal. 13]

Astaghfirullahhalazim….