Selasa, 17 November 2009

Jiwaku


In the name of Allah swt, Most Merciful, Most Merciful
Aku tidak punyai apa-apa di dunia ini selain daripada umurku sahaja. Umurku yang bertambah bererti saat kematian semakin menghampiriku. Itulah hakikatnya kehidupan ini.

Wahai jiwaku...
Anggaplah kau sudah mati. Lalu kembali hidup lagi hingga saat ini. Oleh itu awaslah wahai jiwaku, janganlah sia-siakan hari ni kerana setiap nafasmu adalah mutiara yang tidak ternilai. Tidak ada masa bagimu bermalas-malasan, menangguh kerja atau berehat berseronok, kerana usia dirimu dan dunia ini kian hampir dengan pertemuan dengan Allah.

Wahai jiwaku...
Alangkah jahil dan bodohnya engkau, engkau mendakwa bijaksana, pintar dan cergas tetapi engkaulah yang paling bodoh.Tidak sedarkah engkau bahawa di hadapanmu ada syurga dan neraka yang menanti. Dan engkau akan masuk ke dalam salah satunya mengikut ukuran amal perbuatanmu di dunia ini. Usahlah tertipu dengan lazatnya dunia ini, nikmatnya kemewahan dan pelbagai lagi bentuk fatarmorgana. Tidakkah engkau ingat akan firman Allah swt; “biarkanlah mereka makan dan bersenang-senang dan dilalaikan oleh angan-angan kosong di dunia,kelak mereka akan tahu akibat perbuatan mereka.”(Al-Hijr:3)

Awas engkau wahai jiwaku,
Berani dan angkuhnya dirimu melakukan penentangan dan membuat perkara yang dilarangNya. Bagai dunia ini milikmu, bagai bumi ini kamu yang punya. Apakah Allah tidak melihatmu???Apakah Dia tidak menghitung setiap perbuatanmu??? Apakah dosamu tidak dicatat setiap ketika dan masa??? Jika engkau mengetahui bahawa Allah sentiasa melihatmu, tapi engkau tidak mengendahkannya, alangkah keji dan malunya perbuatan seperti itu. Apakah kau rasa bahawa jasad engkau kuat untuk menanggung siksa kubur dan seterusnya neraka??? Apakah kau berupaya meniti titian siratul mustaqim yang halus itu??? Allahurabbi...

Wahai jiwaku...
Lihatlah dirimu ini, renungkanlah...dengan sebatang tubuh yang kerdil inilah kamu akan berdiri mengadap Tuhanmu, menanti keputusan penghisaban dan seterusnya ke mana akan di bawa.... ke syurga firdaus atau ke neraka jahanam....antara dua...sedarlah bahawa tangan inilah yang akan menerima buku catatan amalan sekian lama hidup di dunia ini.Tangan yang mana???kanan atau kiri...dari depan atau belakang.....Semua anggota tubuh badan inilah yang akan menjadi saksi dan bertutur bagi menjawab segala pertanyaan dari Allah kecuali mulut yang diikat dan dikunci. Di sanalah segala rahsia akan dibongkar satu persatu....Saksi-saksi inilah akan mengungkap kata-kata yang benar. Ke mana kau waktu itu? Kepada siapakah kamu meminta pertolongan?

Awaslah jiwaku, pastikan bahawa dirimu juga akan mewarisi barisan umat yang sholeh, di belakang Rasulullah saw memikul panji-panji Islam.
Insaflah wahai jiwaku....kembalilah kepada Tuhanmu dengan penuh mujahadah dan ketaqwaan. Insaf dan bertaubatlah...Dialah yang Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.

Wahai jiwaku...
Masyarakat di sekelilingmu kini sudah rosak...bunuh, zina, rogol, rompak, bohsia, bohjan, sumbang mahram, penipuan, korupsi, kezaliman telah berkembang bagaikan rumput yang baru terkena hujan....dan juga jangan lupa.....
Darah merah saudaramu sedang mengalir di seberang sana (Palestin, Chehnya, Kasymir, Afganistan, Iraq dan lain-lain negara ) jasad mereka ditindas, dibunuh, dikhianat, dan dikekang penderitaan...dan kamu di mana??? Makan? Tidur? Bekerja? Sembang-sembang kosong? bercakap dan menulis berapi-api dan tinggi-tinggi? Allahukbar! Lemahnya kamu! Allahukbar! Ampunkanlah daku dan kuatkan jiwaku agar diriku dapat bangun dan bangkit dari tidurku itu dan semua ini. Kita tiada masa lagi...sambutlah seruan amanah aqidah dan seruan jihad ini. Itulah tugasku dan tugasmu. Jihad ini adalah satu tuntutan dan kewajipan...Ya Allah..pilihlah kami Ya Allah....Pilihlah kami agar hati kami tergolong dalam jemaah hamba-Mu yang berzikir mengingati-Mu, nafas yang mensyukuri nikmat-Mu, tangan yang mahabbah serta beramal dengan perjuangan Nabi-Mu...Amin

Firman Allah;
“Mereka yang beriman kepada Allah dan Hari Pembalasan ,mereka menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar dan mereka yang bersegera kepada mengerjakan kebajikan, mereka itulah yang termasuk di dalam golongan orang-orang yang sholeh.” (Al-Imran:114)