Selasa, 1 September 2009

Hatiku

Segala puji hanyalah milik Allah swt yang mentadbir semua perjalanan makhluk ciptaan-Nya. Selawat dan salam sejahtera buat junjungan Nabi SAW dan ahli keluarga baginda, para sahabat,para tabien, para syuhada',para alim ulama,dan para wali Allah.

Beratnya hati ini untuk menulis kerana hati ini sedar betapa diri ini amat sekali tidak layak untuk berkata-kata, berbicara, dan bernasihat tentang Tuhan.
Namun, dengan rasa hina dan fakir ini juga, diri ini mohon sujud dan ampun dengan Allah swt kerana bimbang dan takut penulisan ini dibuat kerana mengikut hawa nafsu semata-mata. Adalah diharapkan penulisan ini dapatlah kiranya mengingatkan diri ini tentang betapa hebatnya ilmu Allah swt dan betapa kerdilnya diri ini berbanding dengan Allah swt. Walaupun diri ini tidak layak untuk menulis kerana diri ini sudah agak jauh dari dagu seorang guru, namun diri ini mengharapkan berkah dan karamah guru terus menerus mengalir ke dalam diri ini agar terus istiqomah dalam beramal. Amin

"Cermin dirimu sebelum menjadi cermin orang lain"