Khamis, 17 September 2009

Selamat Hari raya

Bulan mujahadah dan penuh berakah akan meninggalkan kita buat kali yang mengikut umur kita. Bulan mulia ini belum tentu kita akan temuinya lagi di bulan hadapan.Oleh yang demikian,beruntunglah sesiapa yang telah memenuhi bulan tersebut dengan ibadat dan mujahadah...bagi yang tidak,berdoalah kehadrat Ilahi agar Allah memberi ruang dan peluang lagi untuk bertemu bulan ibadah berganda itu.
Disempatan yang ada ini, saya memohon ampun dan maaf di atas segala niat, perbuatan dan percakapan yang boleh menyinggung perasaan kalian semua di sepanjang perkenalan dan perhubungan kita....tiada manusia di alam dunia ini 'perfect'...pintu kemaafan sentiasa terbuka sebagaimana Allah itu Maha Pengampun dan Penyayang...rahmat Allah mendahului kemurkaan-Nya....

SELAMAT HARI RAYA,MAAF ZAHIR DAN BATIN

RENUNGLAH KALAM GURUKU-SYEIKH TOKKU IBRAHIM MOHAMAD AS-ASYATHARI

"Apakah makna hari raya bagi diri yg terbelenggu dosa ghoflah (kelalaian) ini, dihadapan penuh bahayanya,terperangkap dlm kesyirikan yang ada pada qalbi (hati),pd ruh dan sirr, betapa diri dapat selamat jika tiada nur muraqabah dan nur muwajahah yang Maha Esa, tolonglah hamba ini dengan doa nurani, agar terbuka kasyaf rahmaniah sehingga fana dan baqa, perolehi makam jama' dalam lautan tauhid syuhudiah, terbebas syirik ananiah (keAkuan). Hanya zikir mahabbah dan doa para fuqara, dapatlah diri ini perolehi kegembiraan".
(al-khadam al faqir Tokku Pulau Manis)