Selasa, 1 September 2009

Kekafiran

Ya Allah yg Tuhanku, ku merasakan pagi ku beriman kepada-Mu, petang aku kafir pada-Mu, petang ku beriman kpd-Mu, malam ku kafir kpd-Mu, malam ku beriman kpd-Mu, pagi ku kafir kpd-Mu. Itulah hati kecilku berkata-kata bila diberi bermacam-macam ujian ke atasku. Ini samalah seperti sabda Nabi SAW yang bermaksud; "ada manusia beriman waktu pagi dan kafir waktu petang, beriman waktu petang lalu kafir waktu malam". Asstagfirullah halazim..yang Allah ampunlah dosa-dosaku dan kelalaianku ini.



Bila Kau memberi ujian kpdku, kurasa bagaikan hidup ini tidak bermakna apa2 buat diriku,kurasakan tidak mampu utk menghadapinya,kurasakan tiada siapa yg akan menolongku,kurasakan tidak ada apa yg istimewa di dunia ini melainkan ku mahu mati lebih awal dari waktu yg telah Engkau tetapkan....Asstagfirullah halazim..jahatnya diriku kerana menyalahkan takdir dan ujian dari-Mu. Sepatutnya kujadikan Nabi sebagai pemimpinku di mana beliau lebih teruk dan dahsyat lagi diuji oleh Allah swt. Nabi diuji bukan hanya perasaan tapi darah...dan nyawa....kenapa ku tidak mengambil Nabi SAW sebagai model dan aspirasi motivasi? bodohnya aku kerana cepat mengalah dengan ujian. Bukankah ujian itu tanda kasih sayang Allah terhadap kamu? bukankah dengan ujian itu, tanda Allah dekat dengan kamu dan kamu merasakan Allah dekat dengan kamu? Bukankah ujian itu dapat menghapuskan dosa-dosa kamu dan akan mengangkat darjat kamu? Asstagfirullah halazim...ampunkan dosaku kerana tidak merasai sebegitu dan merasakan sebaliknya. Ya Allah lemahnya daku dalam menghadapi ujian-Mu, kuatkanlah daku dlm menghadapi ini semua. aku dah mengalah dan menyerah untuk berada dalam takluk,qudrat dan iradat-Mu......aku hanya debu-debu yang tidak bernilai dan tidak boleh bergerak walau seinci pun tanpa Qudrat-Mu. Laahaulawa quwwataillahbillah (tiada daya dan kuasa melainkan kekuasaan-Mu).......Ya Allah! Dengan berkat Rasullah SAW, para sahabat, para tabien, para alim ulama', para wali, para ahli salsilah dan guruku Tokku, ampunkanlah dosaku,kuatkan semangatku,ringankan bebanku dan jadikan aku orang-orang yang sabar dan bersyukur ya Tuhanku......amin....