Selasa, 1 September 2009

Fakirnya diri

Kita yg bergelar manusia tidak pernah lari drpd melakukan kesilapan dan kesalahan. Sesiapa yg tidak mengaku hakikat ini adalah org yg jahil tentang dirinya sendiri. Renunglah firman Allah swt yg bermaksud:" Wahai manusia!kamu ni fakir dan berhajat dengan Aku". Siapa kita utk merasa hebat dgn Allah swt yg mencipta diri kita dari setitis air yg tiada nilai pun. Bila sudah berilmu, pandai, berbadan cantik menjadi org yg tdk bersyukur dan lebih malang lagi menjadi penentang agama Allah yg begitu nyata iaitu tidak mengamalkan ajaran-Nya.


Kita sepatutnya tidak lupa walau sesaat pun hati kita terhadap Allah yg mencipta diri kita. Namun, apakan daya..manusia memang bersifat lalai dan leka. Tambahan lagi disekeliling kita penuh dgn kesenangan dan kemewahan. Apa yg ada disekeliling kita inilah yang melalaikan hati kita dgn Allah dan dgn kelalaian inilah hati kita menjadi buta dgn Allah sehingga tidak merasai kewujudan Allah yang amat dekat dgn kita...

Perjalanan hidup kita ini adlh suatu persinggahan semata-mata....benar atau tidak Nabi kita Muhammad S.A.W tlh menceritakan dan Allah juga menceritakan melalui Quran.....Bila kita bercakap pasal mati pasti kita akan mati. Bila kita bercakap pasal projek yang akan datang belum tentu kita akan sampai.....

Oleh itu beringatlah kita sebelum apa-apa terjadi pada diri kita selepas ini. marilah sama-sama kita mencari manusia yang mewarisi ilmu nabi-nabi agar kita pulang kepada-Nya dalam keadaan selamat dan mendapat redha-Nya.