Selasa, 1 September 2009

Dunia adalah permainan cahaya

Wahai diriku, dunia yang kamu sedang kejar dan cari itu semakin menjauhi dirimu, akhirat yang kamu sering lari itu sedang mengekorimu….sedar atau tidak hakikatnya memang benar-benar ia sedang berlaku. Oleh kerana hatimu buta disebabkan cahaya hati dipadam oleh dosa dan maksiat maka perkara hakikat yg berlaku tidak kamu ketahui. Malangnya dirimu kini.



Berkata Harun Yahya di dalam tulisan dan kajiannya; “Dunia ini adalah satu permainan cahaya atau pergerakan tenaga eletrik semata-mata”. Tahukah kamu, dunia ini hanya berada di dalam minda sahaja dan keberadaan dunia di dalam minda disebabkan adanya cahaya matahari. Tanpa cahaya matahari, mata kamu tidak akan dapat melihat keadaan dunia ini. Tanpa cahaya, dunia ini akan suram dan gelap gelita. Ini telah dibuktikan oleh saintis di abad ini. Semua yang kita pandang kini adalah daripada cahaya iaitu satu tenaga cahaya yang berlainan frequensi. Saintis mendefinisikannya sebagai tenaga eletrik.


Renung dan fikir sejenak akan fakta di atas. Bila kamu melihat benda di depan kamu contohnya computer. Bagaimana kamu boleh mengatakan didepan kamu itu adalah computer sekiranya kamu buta? Ditambahkan lagi kedua anggota badan kamu lumpuh. Kemungkinan besar kamu akan mengatakan di depan kamu itu batu bersegi empat dan sebagainya. Ini jelas membuktikan dengan adanya cahaya, mata kamu boleh melihat dan tenaga cahayalah yang membawa imej computer ke retina mata kamu lalu imej tadi ditukar bentuk kepada satu tenaga eletrik dan akan dibawa ke dalam otak oleh tenaga eletrik juga. Maka pada masa itu otak yang telah diprogram dengan ilmu akan menafsirkan bahawa benda yang dilihat itu adalah computer. Inilah yang dikatakan dunia hanyalah berada di dalam otak atau minda semata-mata. Sakit, seronok, sedap, pahit, minda kamu yang menafsirkannya. Begitu juga semua anggota badan, tanpa tenaga eletrik dibadan, mesej panas, sedap , pahit tidak akan sampai ke otak untuk ditafsirkan sebagai sakit,sedap, pahit sebagainya. Buktinya, bila adanya pembedahan, doctor akan memberi ubat bius dibahagian tertentu atau dipengsankan kamu agar mesej sakit itu tidak akan sampai ke otak dan otak tidak akan menafsirkan pembedahan itu merupakan satu kesakitan.


Sedarlah dan insaflah kamu bahawasanya dirimu tidak bernilai satu sen pun jika Allah menarik nikmat cahaya matahari, cahaya mata, cahaya jasad dan cahaya hati. Hidup kamu bagaikan sampah dan bangkai sahaja. Tetapi Allah maha Pengasih lagi Penyayang, walau pun hambaNya berdosa dan tidak taat tapi Allah masih melimpahkan RahmatNya dengan memberi kamu semua cahaya. Cahayanya meliputi seluruh alam dan waktu. Hidup kamu adalah kerana cahayaNya. Kembalikanlah cahaya Allah kepada ke dalam hatimu agar cahaya tersebut menjadikan kamu manusia yang terus menerus bersyukur dan akhirnya cahaya kamu menerangi cahaya orang disekelilingmu yang telah padam cahayanya………..


Cahaya Allah tidak akan masuk ke dalam hati yang telah kotor dan penuh gelombang hitam. Hati ini boleh diibaratkan cermin yang bersih dan jernih. Jika cermin tadi hitam dan kotor dengan debu-debu maka bagaimana imej pada cermin tadi boleh dilihat atau dipantulkan. Bila cermin tadi bersih maka imej akan dipantulkan dengan jelas dan terang. Bila hati sudah bersih maka cahaya Allah akan menembusi hati tadi sehingga lahirlah ilmu yang dapat menerangi seluruh kehidupan dirimu dan orang-orang sekelilingmu. Bersihkanlah hatimu dengan banyak bermohon ampun kepada Allah dan berzikir Allah…agar degup jantungmu terus menerus bergetar dengan kalimah ALLAH!. Mudah-mudahan kamu dapatnya..amin….