Selasa, 1 September 2009

Sifat kebinatangan

Segala puji bgi Allah Tuhan sekelian, Yang memerintah kerajaan di langit dan dibumi, Selawat dan salam sejahtera buat Rasulullah saw dan ahli keluarga baginda, para sahabat,para tabien, para ulama, para wali,para pejuang agama Allah swt. Semoga syafaat dan barakah mereka terus menerus memberi cahaya kepada umat manusia.


Hari ini aku hidup hanyalah untuk memenuhi kehendak haiwani aku. Makan,tidur,kerja dan bersyahwat adalah sifat haiwan (haiwaniyah) di mana sifat ini telah ku didik dan pupuk dengan melaksanakan syariat atau hukum Allah swt.
Tanpa syariat pasti hidupku umpama babi iaitu suka buat apa saja,pakai hentam dan semberono sahaja. Tak kira halal dan haram. Semua belasah. Mencuri,membunuh dan berzina adalah perbuatan yang tiap-tiap hari dilakukan oleh makhluk yang diberi nama haiwan. Tetapi adakah perbuatan ku itu telah melebihi sifat haiwani?adakah haiwan lebih baik daripada diriku?atau aku sekarang lebih teruk dari haiwan? Aku teringat akan firman Allah swt yang bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari Jin dan manusia, mereka mempunyai hati tapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakan untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakan untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu bagaikan binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.” (Al-A’raf:178-179)


Allahukbar.....siang dan malam walaupun diriku menjaga syariat namun tetap tidak lari daripada bersifat haiwani...sedangkan diriku yang sebenarnya ialah Ruh yang tinggi darjatnya daripada para malaikat di sisi Allah swt. Bagaimana diriku dapat mencapai Ruh yang suci dan hebat jika siang dan malam hidup seperti haiwan dan pada masa yang sama bersifat syaitaniah yakni ujub,riyak dan takabur. Ini adalah penyakit batin atau hati yang bukan senang hendak dibersihkan dan disucikan. Penyakit inilah yang menyebabkan Iblis menderhakai Allah swt. Penyakit ini juga menyebabkan bila aku mati aku tidak akan berbau Syurga Allah swt. Penyakit ini tidak akan disedari oleh aku tanpa petunjuk. Terdetik sedikit dalam hati tentang kehebatan ilmu,cerdik,bijak,kuat beramal ibadah lebih daripada orang dan rasa diriku adalah terhebat..maka inilah penyakit ego,ujub,sombong dan takabur. Tidak nampak semua itu adalah daripada Allah. Tanpa Allah aku tidak hidup dan bergerak pun. Oksigen pun diberikan oleh Allah secara percuma. Penyakit syaitaniah ini tidak akan bersih tanpa zikir dan mujahadah. Ilmu zikir dan mujahadah pula tanpa guru yang mursyid adalah tidak sampai ke mana-mana. Hati tidak akan bersih dan meningkat daripada nafsu ammarah (sejahat-jahat martabat nafsu) kepada nafsu mutmainah. Firman Allah yang bermaksud: “Wahai mereka yg berjiwa mutmainah(tenang), kembalilah kpd Tuhanmu dlm keadaan (kamu) redha dan diredhai (Tuhan), maka masuklah kamu ke dlm golongan hamba-hambaKu dan masuklah ke dlm syurgaKu.” (Al-Fajr:27-30)
Astaghfirullahalazimawaatubuilaih...
Bila hati sudah bersih maka perbuatan syaitaniah bertukar kepada bersifat malakiah (malaikat)....suka,rindu dan cinta kepada Allah swt....Hanya dengan bersifat malaikat, jiwa boleh selamat dan ketika sakratul maut, tiada penderitaan. Ya Allah, jauhnya lagi daku dengan dirimu. Aku dekat dengan diri-Mu hanya dengan ilmu (akal) semata-mata tanpa merasai dengan hati dan pandang (musyahadah). Ya Allah, jahil dan butanya diriku ya Allah. Berikanlah kekuatan kpdku untuk menempuh liku-liku jalan menuju kpd –Mu dan terus Makrifat dgn Mu. Tanpa-Mu siapalah daku.....amin.