Selasa, 1 September 2009

Unsur diri

Ketahuilah bahawa manusia terdiri daripada dua bahagian iaitu jasad dan ruh. Jasad dari unsur bumi dan ruh adalah unsur dari alam yang tinggi (alam al-amri). Ini dapat dapat digambarkan dalam perkembangan teknologi computer iaitu perkakasan (hardware) dan perisian (software). Tanpa perisian, perkakasan tidak dapat digunakan. Begitu juga manusia, tanpa ruh jasad tidak berfungsi apa-apa.



Kini siang dan malam, kerjaku hanya utk memenuhi keperluan jasad tanpa memikirkan keperluan ruhku. Sedangkan ku tahu bahwasanya hakikatnya ialah ruhku akan kembali mengadap Tuhanku. Jasadku yang aku bela dan beri makan setiap hari ini akan dimakan oleh ulat di dalam tanah. Sungguhnya tidak cerdiknya diriku ini.

Makanan untuk ruhku seperti zikir, solat dan amal ibadat amat sedikit ku lakukan sedangkan ku tahu dan amat yakin, amalan itulah yang akan menjadi makanan dan bekalan utk ruhku meneruskan perjalanan dari alam dunia ke alam barzakh dan seterusnya alam mahsyar. Kenapa diriku terus lalai dengan kehidupan dunia ini? Ya Allah, bantulah hamba-Mu yang lemah ini.

Ku pernah mendengar ArifbilLah (Ahli Tuhan) berkata,“Barangsiapa mengenal dirinya maka sesungguhnya dia telah mengenal Tuhannya”. Jika diriku mengenal diriku yang sebenarnya maka sudah pasti aku telah mengenal Tuhanku yang begitu nyata. Namun oleh kerana diriku masih tidak mengenal hakikat diri ini maka hati ku masih buta dengan Tuhan yang amat dekat. Ini semua terhijab / terdinding dengan kehidupan dunia dan dosa.Ya Allah, bukalah pintu makrifat dengan-Mu.

Walaupun hatiku masih buta dengan Allah, namun aku terus tercari-cari di mana tempat asalku. Lalu aku sudah menjumpainya hanya perlu pengorbanan untuk mencapainya...Semoga Allah memakbulkan hajat dan niatku yang suci ini......Amin