Rabu, 2 September 2009

Jihad Jalan Allah


Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih? (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui. Niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam jannah 'Adn. Itulah keberuntungan yang besar.(Ash-shaff:10-12)


Segala puji adalah hanya semata-mata milik Allah swt,Yang mentadbir dan Mengurus Makhluk ciptaan-Nya.Selawat dalam salam sejahtera buat junjungan Nabi Muhammad saw ,ahli keluarga baginda,para sahabat,para tabien,para alim ulama,para wali Allah dan para pejuang agama Allah swt.

Saya rasa terpanggil untuk menyatakan betapa manusia hari ini yang bergelar pejuang telah tersasar daripada matlamat asal memperjuangkan agama Allah swt yakni Islam.
Hari ini Islam dikecam dan dihina begitu hebat sehingga Islam = penganas. Kenapa hal ini berlaku?kenapa hal ini timbul?kenapa tuduhan ini terus menerus berlaku dalam masyarakat kita yang telah pun rosak dan ditambah lagi dengan gelaran baru iaitu pengganas.

Kita melihat di serata dunia hari ini seperti di Iraq, Mesir, India, Afghanistan, Iran, Jakarta, Amerika Syarikat (US), London dan lain-lain telah berlakunya pembunuhan yang dikaitkan dengan individu Islam. Adakah ini benar atau tidak?kita tidak pasti. Adakah benar orang yang sanggup melakukan serangan berani mati itu adalah individu Muslim yang benar beriman dengan Kitab Allah iaitu Quran atau itu semua propaganda musuh Islam. Jika benar individu muslim yang terlibat maka malangnya mereka ini. Kenapa sanggup melakukan serangan tersebut ke tempat orang awam yang lansung tidak berdosa dan tidak ada kena mengena dengan konspirasi menghancurkan Islam. Apakah mereka tidak membuka Quran di mana darah-darah orang bukan Islam yang tidak berdosa (kaitan dengan konspirasi menghancurkan Islam) ataupun orang awam biasa (bukan tentera) atau kanak-kanak atau orang tua adalah haram dan salah di sisi agama? Apakah mereka tidak tahu atau buat-buat tidak tahu atau kerana mengikut hawa nafsu ammarah?


Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, (tetapi) janganlah kamu melampaui batas, karena sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.”(Al-baqarah:190)

Mujahidin hari ini tidak tahu mana yang lebih utama dan mana lebih benar untuk berjuang dan berjihad di jalan Allah swt. Pada mereka ini semua sama. Contohnya pembunuhan di Iraq,Pakistan dan afghanistan. Mereka sama-sama Islam dan mengaku beriman kepada Allah swt. Kenapa mereka membunuh sesame mereka? Kenapa tidak bersatu? Pengeboman di bali, Jakarta dan di Hotel terkemuka di Jakarta baru-baru ini adakah betul?atau mengikut fatwa mana?

Hai orang benar-benar hendak berjuang untuk agama Allah dan untuk membela darah orang-orang Islam. Bumi yang halal untuk kamu mengorbankan nyawa kamu adalah di bumi Palestine dan Chehnya pada waktu ini. Bumi mereka ini tidak sama dengan Negara-negara lain. Bumi mereka dirampas dan dirompak. Penduduk yang berada atau tinggal di bumi mereka adalah semua musuh. Jika kamu ingin mengorbankan jiwa/nyawa kamu maka pergilah ke tampat di Palestine dan chehnya. Bumi Palestine telah dikuasai Israel dan Chehnya dikuasai Rusia. Darah-darah mereka halal bagi kamu kerana mereka merampas bumi orang Islam. Selagi mereka tidak keluar dari tanah umat Islam itu selagi itulah mereka layak diperangi. Bukan bom merata-rata tanpa melihat dahulu siapa mereka. (fatwa ini bukan saya sendiri yang pandai-pandai reka tapi ini kenyataan Syeikh Yusof Al Qardawi).

Saya sedih dan kesian kerana pegangan mereka adalah tidak mengikut syariat yang memerangi orang kafir yang tidak bersalah. Mereka bukan musuh jika tidak mereka tidak memerangi kita. Jika mereka memerangi kita barulah diberi “title” musuh/enermy. Mereka yang kafir yg tidak memusuhi Islam ini perlu didakwah agar mereka mengenal Allah dan mengenal Islam. Itulah sebaik-sebaiknya. Semua kerja ini Rasulullah saw telah lakukannya. Kenapa kita tidak mahu mengikutnya? Berjihad di jalan Allah bukan semata-mata dengan mata pedang tapi juga berdakwah (kata-kata). Bukan perkara yang senang dan mudah untuk mengajak manusia kepada Allah swt. Ia juga memerlukan pengorbanan jiwa,harta dan masa untuk mengenal manusia kepada Allah dan meninggikan agama Allah. Berdakwah ini juga boleh membawa kepada kita diperangi dan mati syahid. Mati syahid adalah cita-cita tertinggi seorang mujahidin.

“Dan janganlah kamu mengatakan terhadap orang-orang yang gugur di jalan Allah, (bahwa mereka itu) mati; bahkan (sebenarnya) mereka itu hidup, tetapi kamu tidak menyadarinya.”(al-Baqarah:154)

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.”(At-Taubah:111)

Oleh yang demikian, sebagai seorang pejuang, berfikirlah dengan menjadikan Quran, Sunnah Nabi Saw, Ijma dan Qias sebagai panduan untuk melakukan sesuatu yang memberi kesan yang besar pada Islam. Jika tidak boleh berfikir dangan akal, bersihkan hati agar hati bercahaya dan akan mendapat petunjuk yang benar dari Allah swt pada setiap perbuatan yang kita hendak lakukan. Kita takut, kita buat kerja kerana hawa nafsu semata-semata. Kenali hawa nafsu kita yang kita tidak pernah isytihar perang pun ke atasnya malah menyayanginya. Berjuang dengan penuh keikhlasan….sebagaimana kita baca dalam solah iaitu doa iftitah sesunggunhnya solatku,ibadatku,hidupku dan matiku hanyalah semata-mata untuk Allah swt.”