
Ku termenung sendirian..
Memikirkan bagaimana kesudahan hidupku ini
Adakah dalam Iman atau tercabut Iman….
Lautan mana yang tiada gelombang?
Bumi mana yang tidak ditimpa air hujan?

Halal dan haram adalah lambang pengawalan Allah swt terhadap hamba-hambaNya. Allah mengawal hamba-hambaNya agar tidak rosak dan binasa dengan perlaksanaan syariat di dalam seluruh aspek kehidupan. Makan,minum,tidur,bersyahwat dan bekerja adalah di dalam peraturan Allah swt. Bila berada dalam peraturan maka kehidupan manusia terus menerus dalam rahmat dan ketenangan yang hakiki.
Salam semua, terasa kaki ini ingin melangkah ke bumi Palestine untuk berjuang, membantu dan membela saudara seIslam yang dikekang dengan pelbagai penderitaan dan ujian. Ditambah lagi dengan serangan Israel ke atas kapal bantuan kemanusiaan di mana mereka ini terdiri daripada para aktivis kemanusiaan. Kejam, zalim dan tiada hati perut boleh dihambur dan dikata buat tentera Yahudi dan Pemimpin mereka. Itu sahaja yang dapat kita luahkan terhadap mereka. Adakah ini akan memberi kesan kepada mereka? Tentu sekali tidak kerana dunia ini mereka yang punya dan bebas untuk melakukan apa sahaja. Semua virus-virus telah dihantar ke seluruh dunia terutama dunia Islam sehingga dunia Islam terus lena dibuai mimpi-mimpi yang begitu indah kecuali hati-hati mereka yang cintakan Allah, Rasul, saudara seIslam dan Islam.
Sudah hampir sebulan (bulan May) saya tidak mengemaskini blog catatan hamba ini kerana masa dan peristiwa-peristiwa yang sedikit sebanyak telah menghalang saya untuk berbuat demikian. Sudah tentu sahabat-sahabiah, tuan, puan, saudara dan saudari menanti akan tulisan saya di blog ini dengan tanda tanya kenapa blog ini tidak dikemaskini.
Untuk menuntut Ilmu KeTuhanan melalui jalan para ‘arifbiLlah, kita mestilah memahami beberapa syarat atau disiplin yang perlu ada, tanpanya perjalananmu tidak sempurna kecuali mereka yang dikehendaki oleh Allah. Kalam hikmah dalam al-Hikam mengatakan “permulaan awal yang benar akan melahirkan akhir yang benar.”
Apabila dimusyahadahkan akan kejadian diri sama ada diri yang zahir atau diri yang batin, maka tak sampai akal manusia untuk memikirkannya seperti Ruh, Akal, Nafsu dan Qalbu. Maka sukar hendak memberi gambaran atau takrif yang mensifatkan daripada jenis apa.“Akan ditanya akan engkau hai Muhammad tentang ruh; Kata olehmu Ruh itu adalah daripada urusan Tuhanku.”
(Al-Isra’ : 85)

Kesusahan dihati janganlah kita turutkan sangat kerana ia akan menjadi penyakit jiwa. Dari susah hati pergi kepada sedih, dari sedih kepada derita dan sengsara, dari kecewa kepada berputus asa. Diwaktu itu kaya, pandai, jawatan tinggi, nama, glamour, berkuasa sudah tiada guna dan tiada membawa apa-apa erti. Orang yang seperti ini kalau ada serba sekali pun, gelap dunianya. Setengah mereka ada yang membunuh diri kerana kecewa dan putus asa. Mengapa dia kecewa sehingga putus asa? walhal segala keistimewaan telah dimilikinya?

Segala ilmu yang ada pada alam ini dari apa jua bangsa, sama ada ilmu yang berbentuk keduniaan atau akhirat adalah dari Ilmu Tuhan yang satu. Persoalan ini perlu difahami dengan teliti agar kita tidak menjadi seperti kaum Jabariah yang mentafsirkan manusia bagaikan kapas, tiada memiliki apa-apa kekuatan dan tidak bertanggungjawab di atas apa-apa yang berlaku, semuanya Tuhan sehingga meninggalkan ikhtiar dan usaha.
Jika Dia nyatakan melalui kalam Al-Quran melalui lisan Rasul-Nya yang mulia bahawa Dia berada di ‘arasy, adapun istiwa’, Rasul dan para sahabat menyerahkan makna kepada Diri-Nya. Begitu juga jika Dia mengatakan bahawa Dia bercakap dengan Musa (a.s) di Bukit Tursina atau mengatakan turun ke langit pertama pada waktu malam, atau mengatakan Dia dekat dengan hamba-Nya atau mengatakan diri-Nya di sebelah kanan, atau mengatakan Dia ketawa, wajib diri kita menerimanya dan menyerahkan makna kepada Diri-Nya dan tidak mentakwilkan sebagai sama dengan sifat makhluk. Apabila Dia mengatakan di ‘atas’, (maka) ‘atas’ yang layak bagi sifat diri-Nya, bukannya ‘atas’ sebagaimana yang difahamkan makhluk.
Maha Suci Allah yang menciptakan semuanya dan mencipta setiap hukum ke atas segala kejadian. Allah menyusun dengan begitu indah dan amat teratur apa yang berlaku dan akan berlaku di alam ini. Bayangkanlah jika jalan raya tanpa kereta, sungai dan laut tanpa ikan,langit tanpa bulan,matahari dan bintang, bumi tanpa makhluk, bangunan tanpa manusia sudah pasti ini semua akan menyebabkan kesunyian dan kekosongan.
“Fahamilah lebih dalam lagi wahai insan bahawa apabila kita melihat, bukan matamu yang melihat, ia hanya alat. Hakikat yang melihat adalah ruh dan hakikat penglihatan yang ada pada ruh daripada Aku. Apabila kita mendengar, bukan telinga kita yang mendengar, ia hanyalah alat sahaja, hakikat yang mendengar ialah ruh dan hakikat pendengaran itu dari Aku. Begitulah sifat-sifat yang pada dirimu tiada lain adalah hakikat dari Diri-Ku. Aku yang menciptakan makhluk dan segala sifatnya agar makhluk mengetahui kewujudan-Ku dan mengenali-Ku.”
"Jika sesiapa bertanya kepada mu samada kamu cinta kepada Allah, hendaklah kamu diam kerana jika kamu kata: "Saya tidak cinta kepadaNya", maka kamu kafir dan jika kamu berkata, "Saya cinta", maka perbuatan kamu berlawanan dengan katamu."
Menyembah atau beribadah kepada Allah dapat dilaksanakan apabila tercetus rasa cinta yang suci kepada Allah dan rela (ikhlas) menundukkan diri serendah-rendahnya kepada-Nya. Seseorang hamba itu disifatkan sedang menyembah Allah apabila dia menyerahkan seluruh jiwa raga kepada Allah, bertawakal kepada Allah, berpegang teguh kepada ajaran-ajaran Allah, berpaut kepada ketentuan Allah, meminta (mengharap) serta memulang (menyerah)
Sempena ketibaan Maulidul Rasul..marilah sama –sama kita merenung dan mengimbas kembali sedikit cerita berkenaan Baginda Nabi SAW yang telah terlalu banyak berkorban buat umatnya.
Sesiapa yang inginkan kemenangan dunia dan akhirat, janganlah dibiarkan masa berlalu dengan penuh kerugian. Jadikan setiap nafasmu nafas ibadah.
Berfikir merupakan pintu bagi mendapatkan maklumat. Maklumat adalah pintu kepada ilmu. Semakin tinggi fikirnya, semakin tinggi pengkajiannya, semakin tinggi dibukakan maklumat kepadanya. Tiadalah fikir yang paling mulia melainkan berfikir tentang ayat-ayat Allah, berfikir tentang mutiara-mutiara Nabi sama ada perkataan atau perbuatannya. Ayat pertama yang diturunkan adalah ayat yang menyebabkan masyarakat jahiliah terkejut dari lamunan dan berfikir tentang satu hakikat-hakikat bahawa adanya Tuhan yang menciptakan diri mereka, dan dicipta mereka daripada tanah.
“Wanita dimasyhurkan kerana tidak ditonjolkan. Ia tersembunyi biarpun hadirnya menggegarkan”.
Seringkali saya ditanya tentang kedudukan wanita apabila Islam dijadikan dasar negeri atau negara dalam perjumpaan dengan wanita-wanita yang kurang pengetahuannya dengan agama dan wanita bukan Islam. Mereka jujur bertanya dan kita tidak menyalahkan mereka jika mereka memiliki kefahaman yang salah dan mengelirukan. Ini disebabkan pemimpin dan media massa tidak bersungguh-sungguh membawa suatu bentuk pemikiran yang betul terhadap Islam.
Pembersihan Jiwa untuk mencapai makrifat.
Bukan dinamakan makhluk sekiranya tidak mempunyai masalah. Setiap makhluk samada di bumi dan di langit mempunyai masalahnya yang tersendiri. Cuma di sini setiap makhluk mempunyai perbezaan dalam masalahnya. Tapi Allah swt telah memberikan akal dan hati kepada kita untuk menghadapi permasalahan itu. Dengan akal inilah kita berfikir untuk mencari jalan penyelesaiannya. Ada di kalangan yang kita yang tewas dan ada dikalangan kita yang menang dan berjaya dalam mengharungi kehidupan yang bermasalah itu.
Hidup di dunia adalah tumpangan sementara waktu saja. Lepas itu kita akan menginap di satu tempat yang kekal di akhirat iaitu syurga atau neraka. 

Firman Allah SWT dalam Surah (Al Mukminum : 115-118)
In the name of Allah swt, Most Merciful, Most Gracious.
Segala puji hanyalah milik Allah swt yang mentadbir dan mengatur segala perjalanan makhluk ciptaan-Nya. Selawat dan salam sejahtera buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW , para ahli keluarga dan para sahabat baginda.